Cameron Highlands Akan Diangkat Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Cameron Highlands UNESCO
Sumber: Malaysia Tours

Sementara bahang kian terasa sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) sedang giat berusaha menjadikan pusat pelancongan terkemuka Malaysia ini sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Tahukah anda?

Tapak Warisan Dunia UNESCO atau Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan sebuah agensi PBB yang ditubuhkan pada 1945. Tapak UNESCO adalah tempat-tempat yang diberi pengiktirafan kerana kepentingannya kepada warisan budaya atau khazanah semulajadi.

Usaha ini turut dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030. Ia meliputi kesemua aspek pembangunan dan penjagaan alam sekitar seluruh Cameron Highlands seperti pola pembangunan yang bakal dilaksanakan dan kawasan yang tidak boleh disentuh di Cameron Highlands.

BACA: Menginap Di Atas Treehouse Di Terra’s Terra’s Treehouse, Cameron Highlands

Juga antara kriteria bagi mengiktirafkan kawasan peranginan itu sebagai tapak warisan dunia UNESCO termasuk mengenal pasti elemen sejarah dan warisan pelancongan di sana. Pengiktirafan oleh UNESCO akan menjadikan Cameron Highlands lebih dikenali di peringkat antarabangsa sekali gus dapat meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke sana.

Cameron Highlands UNESCO
Sumber: Airaz Blog

Setakat ini, jumlah kedatangan pelancong ke Cameron Highlands menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2018, seramai 1.44 juta pelancong yang daripadanya sebanyak 35 peratus adalah pelancong luar negara ke Cameron Highlands.

Pada tahun 2017, pelancong Jepun adalah paling ramai datang ke pusat peranginan yang terkenal dengan pemandangan ladang teh, diikuti Singapura, Thailand, Arab Saudi dan United Kingdom. Manakala pada 2018, pelancong Singapura adalah yang tinggi, diikuti China, Belanda, Jepun dan Arab Saudi.

Namun, bagi merealisasikan hasrat ini, ia mengambil masa beberapa tahun memandangkan pelbagai proses dan prosedur perlu dilalui. Setakat ini, Malaysia memiliki empat lokasi yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu:

1. Lembah Lenggong, Perak
2. Taman Negara Mulu, Sarawak
3. Taman Negara Kinabalu, Sabah
4. Bandaraya Melaka dan George Town

Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita bantu menyokong pengiktirafan ini agar dapat direalisasikan dan menambah lagi senarai lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

Menariknya resepi unik Insta chef ini, tonton

5 resepi unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Resepi Unik Adamdidam

Ini kompilasi 5 resepi unik finalis Hero Oven musim kedua. Macam sedap betul…

Posted by MakanLena on Friday, January 18, 2019