Ugut Mahu ‘Lepas Hajat Atas Lantai’ Punca Pramugari Terpaksa Lap Punggung Lelaki Obesiti Ini

Bekerja sebagai seorang krew kabin memang mencabar. Terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah penumpang di udara, mereka ini perlu bijak dalam menangani isu-isu yang timbul.

Pernah tidak anda bayangkan bahawa seorang krew kabin perlu berdepan dengan penumpang yang memaksa beliau mencuci najisnya?

Ini yang dialami oleh krew penerbangan EVA Air dari Amerika Syarikat ke Taiwan yang diugut oleh seorang lelaki obesiti berkerusi roda. Antara permintaan yang diutarakan lelaki tersebut berikutan kepada saiz badannya:

1. Diberikan tiga tempat duduk kelas ekonomi.
2. Dibenar untuk menggunakan tandas kelas pertama.

Dengan alasan mengalami kecederaan pada tangan kanan, beliau meminta krew kabin untuk tolong ‘menurunkan’ seluarnya. Apabila krew kabin menolak secara lembut permintaannya, beliau menjerit dan memaksa mereka masuk ke tandas berkenaan.

Yang paling tidak masuk akal, lelaki tersebut turut menyuruh krew kabin EVA Air supaya mengelap punggungnya. Jika tidak, beliau akan ‘melepaskan hajatnya’ di atas lantai.

Pramugari Dipaksa Lap Punggung3-horz

Cuba untuk menutup alat sulit beliau yang terdedah dengan menggunakan selimut, salah seorang krew kabin dimarahi kerana perbuatannya itu menyebabkan beliau tidak boleh bernafas.

Mengulang perbuatan mengelap belakang badan beliau dengan menggunakan tiga pasang sarung tangan getah, krew kabin tersebut seperti diganggu secara seksual apabila lelaki terbabit seakan mengerang ‘kesedapan’;

“Oh, mmm, deeper, deeper.”

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Taoyuan, seorang krew kabin lelaki membantu menolak kerusi rodanya. Apabila ditanya jika beliau ingin ke tandas, lelaki tersebut menjawab, “ya” tetapi apabila ditawarkan bantuan, beliau menolak dengan jawapan “boleh lakukan sendiri”.

Hasil tular di laman media sosial, rupanya ada individu yang pernah mengalami situasi sama (juga lelaki yang sama) yang mengatakan beliau benar-benar ‘melepaskan hajat’ di atas lantai apabila permintaan mengelap punggungnya tidak diendahkan krew kabin.

Trauma dengan situasi berkenaan, pramugari tersebut diberikan cuti sakit selama tiga minggu. Lebih menyukarkan keadaan, pada awalnya EVA Air tidak menghubungi mereka untuk lakukan siasatan, tetapi membuat keputusan dengan meletakkan kesalahan tersebut 100% kepada pekerjanya, termasuk perbuatan menularkan situasi berkenaan.

Pramugari Dipaksa Lap Punggung

Setelah mendapat desakan orang ramai dan kes ini menjadi tular, EVA Air akhirnya membuat keputusan untuk mengharamkan lelaki berkenaan daripada melakukan penerbangan bersama mereka di masa akan datang.

Bukan mahu mengkritik atau menghina individu yang bersaiz besar, namun secara umumnya (jika mengikut logik akal common sense) sekiranya lelaki ini mahukan layan kelas A+, mengapa tidak beliau travel bersama ‘orang upahan’ yang boleh disuruh sesuka hati lap punggungnya, bukan?

Jangan pula susahkan krew kabin dengan permintaan anda yang memang langsung tidak masuk akal. Siap mengugut, itu memang melampau.

Sumber: 9GAG

Meleleh air liur tengok cheese piza Beb Stone Oven ni. Langsung tak kedekut!

Beb Stone Oven Pizza

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Beb Stone Oven Pizza

Homemade pizza dengan roti lembut gebu, dibakar di depan mata. Ah, tengok sajalah video ini…

Posted by MakanLena on Thursday, January 17, 2019