Bekas Makanan Berbau? Cuba Guna Cara Ini

Kebiasaannya bila ada lauk pauk yang tidak habis dimakan, kita akan masukkan ke dalam bekas makanan untuk disimpan ke dalam peti ais. Membazir pula kalau dibuang makanan-makanan yang tidak habis. Walaubagaimanapun, ada sesetengah makanan yang akan meninggalkan bau pada bekas makanan tersebut.

Masakan seperti kari, asam pedas dan makanan bergoreng antara makanan- makanan yang meninggalkan bau kurang senang pada bekas makanan. Biasanya, jika kita gunakan bekas makanan plastik. Puas basuh dengan bersih, masih lagi menyengat baunya.

Cara yang kami kongsikan ini, dapat membantu anda yang acapkali menghadapi masalah begini.

1. Hampas Teh

used-tea-bags-750×421
Sumber: cantik hipster

Hampas teh yang telah digunakan, jangan terus dibuang. Ambil hampas teh tadi, masukkan ke dalam bekas makanan yang telag dibasuh bersih. Tutup dan biarkan hingga bau hilang.

2. Limau Nipis

Petua-kuruskan-badan-dengan-limau-nipis-woman-online-magazine1
Sumber: women online magazine

Gosokkan limau nipis yang telah dihiris pada bekas makanan. Biarkan selama 5 minit dan bilas. Bekas makanan bukan sahaja hilang bau malah dapat menghapuskan bakteria yang melekat.

3. Garam Halus

Ilustrasi_garamsc21F
Sumber: Malang times

Ambil sesudu garam halus dan taburkan ke dalam bekas makanan yang berbau. Biarakan selama 1 jam dan bilas.

4. Surat Khabar

Surat khabar tidak laku
Sumber: blog NA

Ambil helaian surat khabar yang tidak digunakan dan renyukkan. Masukkan ke dalam bekas makanan dan tutup. Apabila ingin digunakan, basuh dan bersihkan bekas makanan.

Jika anda mempunyai cara lain untuk menghilangkan bau pada bekas makanan, boleh kongsikan bersama kami.
‘Sharing is caring.’