Berapa Cawan Kopi Yang Ideal Diambil Dalam Sehari?

berapa cawan kopi ideal

Ada sesetengah orang wajib mengambil kopi setiap hari. Malah, jika hari tersebut dimulakan tanpa kopi, pasti mereka merasakan bahawa diri tidak boleh berfungsi dengan baik.

Pelbagai kajian yang telah dilakukan tentang kebaikan dan keburukan minum kopi selama beberapa dekad.

Kajian sekumpulan penyelidik dari University of South Australia menunjukkan bahawa dengan meminum enam atau lebih cawan kopi sehari akan meningkatkan penyakit jantung sebanyak 22 peratus.

Penyelidikan mereka mengesahkan bahawa kafein yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, pendahulu bagi penyakit jantung ketika mereka menyiasat hubungan antara pengambilan kopi dalam jangka masa panjang dan penyakit kardiovaskular.

berapa cawan kopi ideal
Sumber: Vogue India

Bagaimanapun, penemuan itu tidak memberi kesan kepada warga Amerika Syarikat yang purata mengambil sekurang-kurangnya 1.6 cawan berbanding lapan cawan oleh pengguna di Finland

Manakala kajian pakar penyelidik Universiti Afrika Selatan mendapati, pengambilan sederhana mengawal jumlah kafein dalam diet harian.

Penyelidikan bertujuan menangkis kenyataan segelintir pihak yang mendakwa risiko kematian meningkat berpunca pengambilan kafein. Kajian membuktikan hampir semua individu masih mengambil kafein pada jumlah yang selamat.

Menurut para penyelidik, 6 cawan kopi adalah titik kritikal yang mana kafein mula memberi kesan buruk kepada risiko kardiovaskular, dan untuk mengekalkan jantung yang sihat dan tekanan darah yang sihat, setiap individu mestilah membataskan pengambilan kopi mereka kepada kurang daripada 6 cawan sehari.

Pengambilan kopi membantu mengekalkan tahap metabolisme sebanyak empat kali lebih cepat berbanding yang lain dan penurunan selepas cawan keenam.

Apabila ambil berlebihan, ia memberi kesan tidak sihat kepada buah pinggang, meningkatkan asid dan menyebabkan asid refluk membawa kepada gastrik. Manakala tambahan gula dan krim dalam kopi meningkatkan kalori yang tidak diperlukan.

Jadi sudah tahukan berapa cawan kopi yang selamat untuk diambil dalam sehari?

Sumber: Berita Harian, FMT

 

Terliur pula tengok dia bakar sotong.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.