‘Now Everyone Can Travel’ – Tagline Baharu Syarikat AirAsia

Sumber: Vulcon Post

Syarikat tambang rendah Malaysia, AirAsia yang terkenal dengan tagline ‘Now Everyone Can Fly’ telah menukarkan frasa tersebut kepada ‘Now Everyone Can Travel’ setelah melihat kepada potensi mereka sebagai laman web terbesar di Malaysia.

Menawarkan keseluruhan pengalaman pelancongan daripada tempahan pengangkutan, hotel, penginapan dan lokasi makanan yang popular, AirAsia kini tidak lagi hanya bertumpu sebagai laman web pembelian tiket tetapi meluaskannya kepada pengalaman pelancongan.

AirAsia
Sumber: Skyscanner

Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang AirAsia menunjukkan komitmen mereka dalam meningkatkan perniagaan teknologi digital bagi membolehkan mereka kekal relevan.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes semasa mengadakan kunjungan ke Balai Berita NSTP untuk bertukar pandangan dengan pengurusan NSTP dalam merangka jalinan kerjasama jangka panjang.

Turut hadir bersama dalam kunjungan itu ialah Ketua Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Rashid Yusof dan Ketua Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein.

Jadi, selepas ini bolehlah mula rancang percutian anda bersama AirAsia.

Sumber: Berita Harian Online

Kawasan penginapan paling popular di Phuket.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.