Bermula 2020, Tiada Lagi Aktiviti Tunggang Gajah Di Angkor Wat

aktiviti tunggang gajah Angkor Wat

Antara aktiviti tradisi yang ditawarkan apabila melancong ke destinasi popular Angkor Wat, Kemboja, ialah aktiviti menunggang gajah.

Sejak kumpulan aktivis binatang mencetuskan kesedaran terhadap bentuk penindasan di sebalik tunggangan gajah, semakin ramai pelancong tidak lagi berminat dan mahu membayar untuk melihat haiwan pertunjukkan dirantai atau diburu demi menjadi ‘hiburan’ kepada pengunjung.

Mungkin menyedari aktiviti ini menerim kecaman, Kemboja akan menghentikan sepenuhnya aktiviti menunggang gajah atau lebih dikenali sebagai elephant ride menjelang 2020.

Menurut Metro, sebanyak 14 ekor gajah yang selama ini dipaksa melakukan aksi-aksi membahayakan yang menghiburkan pelancong akan ditamatkan tahun depan.

aktiviti tunggang gajah Angkor Wat

Haiwan tersebut dipaksa bekerja untuk 2.5 juta pelancong di Angkor Wat setiap tahun yang akhirnya mendapat perhatian badan perlindungan hidupan liar.

Kira-kira 500 ekor gajah dikatakan hidup di pergunungan Cardamom di Kemboja dan 70 ekor gajah dikatakan digunakan untuk aktiviti pelancongan.

Bilangan gajah di Kemboja dan Asia Tenggara menurun ekoran aktiviti pemburuan dan selain konflik antara binatang itu dan manusia, kata kajian terbaharu.

Kerajaan Kemboja juga memaklumkan negara itu bekerjasama dengan organisasi berkaitan untuk mencari kaedah strategik melindungi dan memulihara gajah di Kemboja untuk generasi akan datang.

aktiviti tunggang gajah Angkor Wat

Pengarah Jawatankuasa Kumpulan Gajah Angkor berkata kesemua gajah berkenaan akan dipindahkan ke pusat konservasi dan pihaknya akan menghentikan penggunaan gajah bagi membawa pelancong.

Para pelancong masih berpeluang melihat gajah dan mengambil gambar di pusat konservasi kerana pihaknya mahu gajah terus hidup secara semulajadi tanpa ancaman.

Diharapkan langkah untuk menghentikan aktiviti menunggang gajah di Kemboja mampu membantu melumpuhkan di negara-negara yang lain yang menawarkan aktiviti sedemikian.

Sumber: Metro