Bijirin Dan Susu Termasuk Dalam Senarai Peraturan Barang Larangan Di Australia Tanpa Permit Sah

Sumber: Allure media

Bermula 17 April lalu, kerajaan Australia telah menetapkan beberapa peraturan baharu untuk pelancong yang ingin datang ke Australia, iaitu mengisytiharkan beberapa barangan sebelum dibawa masuk.

Kegagalan melakukan pengisytiharan (dalam Incoming Passenger Card) boleh menyebabkan kemungkinan seperti pembatalan visa atau waktu lawatan anda akan dipendekkan oleh pihak imigresen.

Antara kategori yang terlibat ialah makanan, haiwan, ubatan, tumbuhan dan biji benih, senjata, barangan sambutan majlis serta barangan pelbagai.

1. Barangan yang boleh dibawa tanpa perlu diisytihar

Anda tidak perlu mengisytiharkan barangan ini jika ianya disediakan secara komersial dan masih berada dalam bungkusan serta digunakan untuk tujuan peribadi. Sebagai contoh:

*Coklat dan konfeksi
*Kopi
*Barangan kosmetik termasuk produk sabun dan penjagaan rambut
*Jus dan minuman ringan
*Kentang goreng
*Teh hijau dan hitam
*Vegamite, Promite, Marmite, Cheesymite, Nutella, mentega kacang

Barangan larangan ke Australia

2. Makanan

Makanan yang termasuk dalam kategori dilarang adalah kacang, kacang pea, bijirin, telur, buahan dan sayuran segar, produk daging bukan bertin, susu, dan salmon adalah dilarang jika tidak bersama dengan Import Permit sah.

Makan lain termasuklah kek, madu dan makanan laut akan diperiksa terlebih dahulu oleh pihak imigresen.

Barangan larangan ke Australia
Sumber: Batam

3. Minuman alkohol

Alkohol yang dilarang untuk dibawa masuk ke Australia ialah yang melebihi 2.25 liter.

Barangan larangan ke Australia

4. Ubatan

Jika anda mahu membawa ubat ke Australia, pastikan ubatan tersebut dilengkapi atau disertakan bersama surat dalam Bahasa Inggeris yang menyatakan ubat tersebut adalah daripada doktor bertauliah.

Bekalan juga perlulah tidak melebihi tiga bulan dan diletakkan dalam bungkusan asal dan sudah diisytiharkan.

Barangan larangan ke Australia
Sumber: Healthy Debate

5. Barangan perayaan atau majlis

Barangan perayaan yang perlu diisytiharkan ialah seperti teh, kekacang dan lain-lain. Anda tidak dibenarkan untuk membawa produk makanan segar seperti daging, sayuran dan buahan.

Contohnya, jika anda mahu bawa air Zam-Zam ke Australia, pastikan air tersebut dalam bungkusannya dan diisytiharkan. Kalau nak bawa rendang masuk Australia, memang tak bolehlah jawabnya.

Barangan larangan ke Australia
Sumber: Shopee

Apabila anda berada dalam pesawat ke Australia, krew penerbangan akan menyediakan incoming Passenger Card yang perlu anda isi dan isytiharkan barangan anda. Jawab dengan jujur tau, jika tidak anda akan menghadapi masalah semasa di pintu pengesan barangan dalam bagasi.

Barangan larangan ke Australia
Sumber: Rileklah

Memang tak boleh tipu, sebab anjing pengesan akan digunakan untuk mengesan ‘barang-barang haram’ yang anda bawa tadi. Kalau dah isytihar selamatlah. Kalau tak jujur, pun ‘selamat’ juga.

Jika anda didapati bersalah, anda berkemungkinan besar akan ditahan, dikenakan penalti sivil, didenda hingga RM12 juta dan dipenjara 10 tahun. Tak pasal-pasal ada rekod jenayah.

Kalau anda bernasib baik, mungkin visa anda akan dibatalkan dan dipendekkan tempohnya. Kalau tak baik, anda akan terima nasib seperti di atas.

Jadi, tunggu apa lagi. Sebelum ke Australia, pastikan anda tahu dan isytihar barangan anda mengikut spesifikasi yang ditetapkan pihak imigresen sana.

Untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai kategori lain, anda bolehlah ke pautan Australian High Commison New Zealand ini.

Kawan kau orang ada perangai macam ini tak?

13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.