Bosan Destinasi Yang Sama Sahaja? Ini 6 Tarikan ‘Underrated’ Di Pulau Langkawi

Tempat Underrated Langkawi

Langkawi bukan sekadar sebuah pulau yang menjadi tarikan pelancong kerana ia diisytihar sebagai kawasan zon bebas cukai. Tetapi banyak kisah lagenda yang terdapat di Langkawi yang menjadi faktor pulau ini sangat menarik untuk dilawati.

Apabila bercakap tentang tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi, pasti yang terlintas antaranya Langkawi Sky Bridge, Pantai Cenang, Pulau Beras Basah dan Dataran Lang.

Mungkin segelintir orang sudah naik jemu dengan destinasi pelancongan yang disebutkan di atas sehingga jika dicadangkan untuk ke Langkawi, cepat-cepat undur diri.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter, Azfar Murtadza menyenaraikan enam tempat yang boleh dikatakan dalam kategori ‘underrated’ tetapi sebenarnya lebih menarik.


1. Pemandangan Indah

Tempat Underrated Langkawi

Jangan tak tahu, Pemandangan Indah ialah nama tempat yang terletak di Jalan Padang Matsirat. Menurut Azfar, inilah merupakan tempat terbaik untuk bersantai sambil melihat matahari terbenam dan mudah untuk ke sana.

Dari atas Pemandangan Indah, boleh nampak lapangan terbang Langkawi.

2. Langkawi Wildlife Park

Tempat Underrated Langkawi

Langkawi Wildlife Park adalah salah satu destinasi yang perlu anda jadikan top priority! Bukan seperti zoo biasa, ramai pengunjung yang memuji dan sejuk hati melihat bagaimana keadaan haiwan-haiwan di sini terjaga dengan baik.

Di sini anda boleh berinteraksi dengan haiwan yang ada dengan menyentuh dan memberi mereka makan. Antara haiwan yang boleh diberikan makan dan peluk adalah arnab, burung, rusa, ikan, itik dan sebagainya. Sesetengah haiwan pula hanya perlu diberi makan pada waktu tertentu seperti Amazon Arapaima, buaya dan Love Birds (Budgerigars).

3. Telaga Biru

Tempat Underrated Langkawi

Juga digelar hidden paradise. Untuk menuju ke kawasan air terjun ini, anda perlu mendaki dalam sekitar 45 minit – sejam sebelum tiba ke puncak yang berketinggian 90+ meter melalui 600 – 900 anak tangga curam yang disediakan. Pastikan anda membawa air minuman yang cukup dan kasut yang bersesuaian untuk melalui jalan yang licin dan curam.

4. Pulau Dangli

Tempat Underrated Langkawi

Pulau Dangali adalah sebuah destinasi yang agak jarang didengar menjadikan ianya salah satu khazanah tersembunyi di Langkawi. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari jeti Pulau Langkawi dengan masa perjalanan dalam sekitar 2 jam.

Setibanya di sini, anda dapat melihat kawasan pantai berpasir dengan air yang sungguh jernih bak kristal sehingga menampakkan hidupan marin yang berenang bebas. Sangat menarik bukan?

5. Pulau Tuba

Tempat Underrated Langkawi

Pulau Tuba merupakan sebuah pulau yang kaya dengan flora dan fauna ia terletak 5km ke selatan Langkawi. Ia adalah salah satu daripada dua pulau yang didiami di kepulauan Langkawi. Dari segi geografi Pulau Tuba adalah sebuah pulau pergunungan dengan dataran yang sangat sedikit.

Selain itu, Pulau Tuba mempunyai habitat semula jadi seperti hidupan liar yang menarik. Jadi, ini menjadikan Pualu Tuba tempat yang sesuai untuk memerhati burung dan junggle-trekking. Pekara yang paling menarik ialah pergi mendaki melalui hutan tebal dan mendapat gambar tentang cara hidupan liar dan menikmati flora dan fauna.

6. Dream Park

Tempat Underrated Langkawi

Kata Azfar, inilah tempat hotspot untuk yang gemar bergambar dan juga ada destinasi ‘layan’ matahari terbenam dengan berlatarbelakangkan pemandangan seperti Gunung Raya, Tasik Dayang Bunting, Pantai Cenang, Laut Andaman dan Sawah Kg Telok.

‘Port’ bergambar di sini terletak di puncak bukit. Untuk naik ke atas puncak bukit anda akan dibawa menaiki kereta pacuan empat roda.

Untuk yang mencari penginapan, anda bolehlah berhubung dengan saudara Azfar untuk penginapan di Dream Cube Langkawi yang berdekatan dengan Pantai Cenang.

Sumber: Twitter Azfar Murtadza