Kafe Dengan Konsep Kilang Jadi Tarikan Baru Di Lembah Klang

Kafe dengan konsep kilang jadi tarikan baru di Lembah Klang.

Bean Brothers – Sebuah kafe dengan konsep kilang dari luar dan dalam memiliki keunikannya yang tersendiri. Sekali pandang kawasan luarnya kelihatan seperti sebuah kilang menyebabkan ramai yang tidak menyedari akan kewujudan kafe ini.

TimeOut

Mempunyai dua cawangan iaitu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, rekaan unik daripada lain pasti akan membuatkan pelanggan seronok untuk menikmati perbezaan ini.

Sambil minum kopi, sambil itu boleh lepak-lepak menenangkan fikiran.

Kafe Dengan Konsep Kilang Jadi Tarikan Baru Di Lembah Klang

Kafe Dengan Konsep Kilang Jadi Tarikan Baru Di Lembah Klang

Suasana ala-ala ‘hipstur’ boleh dinikmati sepenuhnya bersama aroma kopi yang lazat sangatlah sesuai untuk orang ramai melepak sama ada secara sendirian, bersama rakan-rakan dan keluarga.

Kafe dengan konsep kilang

Hiasan lampu, susun atur kafe dan reka bentuk perabot juga unik. Setiap sudut kafe Bean Brothers ini boleh ‘bikin’ para kaki fotogenik yang suka bergambar tak senang duduk. Bolehlah yang kaki OOTD posing sampai pengsan dengan latar belakang kafe ini.

Memulakan operasi bermula jam 8 pagi hingga jam 8 malam, untuk pengetahuan anda kafe Bean Brothers ini tidak menerima sebarang tempahan sebelum pelanggan tiba.

Jadi buat mereka yang suka melakukan tempahan sebelum ke mana-mana tempat makan, kenalah belajar untuk walk-in di sini.

BACA: Bukan ‘Kelab Malam Halal’ Tapi Hanya ‘Kafe Mewah’Untuk Komuniti Arab Saudi Melepak

Bukan sekadar kopi, di sini juga ada menyediakan pelbagai jenis makanan, antaranya boleh dilihat dalam gambar-gambar di bawah.

116044885_686909368566025_7372475590144622745_n

100984316_576943939897587_68044813639763202_n

100867133_688533818609229_7994879837598610572_n