Buntu Nak Masak Apa? Jangan Risau, Aplikasi Ini Boleh Bantu Anda Buat Pilihan Menu

Sumber: Tribun News

Nak masak apa ya petang nanti untuk berbuka? Tak ada idea nak masak apa yang boleh naikkan selera anak-anak yang penat berpuasa? Apa kata anda muat turun beberapa aplikasi yang boleh berikan anda idea nak masak apa untuk berbuka.

1. Cookpad

Anda gemar memasak dan mencuba resipi-resipi baharu? Pada bulan Ramadan ini, anda bolehlah kongsikan resipi masakan kegemaran dan istimewa di aplikasi Cookpad kepada rakan-rakan, keluarga dan warganet.

Kalau sedap kongsikan, jangan simpan. Biar rakan-rakan lain dapat rasa keenakan masakan rekaan anda.

Aplikasi Bulan Ramadan 1

2. Tasty

Sesuai dengan namanya, anda tak perlu lagi pening-pening fikir menu berbuka atau bersahur yang boleh membangkitkan selera keluarga tersayang. Dalam aplikasi ini beratus resipi telah disediakan untuk anda sama ada dalam bentuk manual bertulis atau pun video.

Aplikasi Bulan Ramadan

Bukan sahaja hidangan lauk, malah aplikasi ini turut sediakan banyak resipi pencuci mulut yang memang menyelerakan. Kalau menjadi, dah tak perlu beli dessert di kedai bila teringin.

3. Yummly Recipes & Shopping List

Bukan hanya menawarkan resipi menarik, tetapi juga mencadangkan kepada anda bahan apa yang patut anda beli berserta dengan kandungan nilai nutrisinya. Buat mereka yang mementingkan nilai kalori dan sedang berdiet, aplikasi ini memang sangat sesuai dengan anda.

Aplikasi Bulan Ramadan

4. Halal Navi

Aplikasi ini bonus untuk anda yang sering bekerja di luar kawasan. Merantau atas alasan kerja? Jangan risau, dengan aplikasi Halal Navi ini, anda boleh dapatkan lokasi restoran halal yang berdekatan.

Kalau masih ragu-ragu dengan status halal mereka, boleh sahaja semak status halal mereka dengan membaca maklum balas daripada pengguna lain.

Aplikasi Bulan Ramadan 2

Mudah kan sekarang ini. Gunakan teknologi telefon bimbit anda dengan bijak supaya anda boleh memanfaatkan bulan Ramadan ini sepenuhnya.

Selamat mencuba resipi baharu!

Hotel atau tempat penginapan paling popular di Phuket.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.