Sertai Kempen ‘My Raya Pledge’, Berpeluang Beraya Bersama Hafizh Syahrin

My Raya Pledge Hafizh

Ramadan dan Syawal adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di Malaysia kerana ketika inilah berpeluang untuk meraikan bersama keluarga, rakan dan taulan.

Namun, bagi pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin menyambut Ramadan dan Syawal di litar lumba sama ada sesi latihan mahupun perlumbaan sejak tiga tahun lepas.

Tanggungjawab yang dipikul sebagai pelumba motosikal berkuasa tinggi pertama Asia Tenggara, membuatkan Hafizh perlu berkorban demi merealisasikan segala impian dan harapan, bukan sahaja bagi dirinya malah jutaan peminat dari seluruh negara dan tanah air.

My Raya Pledge Hafizh

Pelancaran kempen My Raya Pledge oleh Red Bull memberi sinar harapan bagi pelumba Red Bull KTM Tech3 itu pulang ke tanah air menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

My Raya Pledge Hafizh

Melalui kempen ini, Hafizh menjemput kesemua rakyat Malaysia untuk turut bersama-sama mengirim ikrar atau azam raya mereka.

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan ikrar terbaik berpeluang memenangi hadiah mingguan berupa baucar minyak dan kredit TouchNGo eWallet.

Ikrar yang dibuat tidak kisah sama ada berkaitan Ramadan ataupun azam raya walaupun bersifat peribadi. Contohnya, “saya berikrar untuk meluangkan lebih banyak masa untuk berbuka puasa bersama keluarga tahun ini” atau juga berbentuk cita-cita, “saya berikrar untuk bekerja lebih keras di bulan Ramadan ini agar dapat memberi duit raya kepada kesemua anak-anak buah yang semakin membesar”.

Paling menarik, pemenang hadiah utama bakal memenangi tajaan sebuah sambutan rumah terbuka dari Red Bull dan mungkin juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama Hafizh Syahrin.

Bagi peminat Hafizh, inilah peluang terbaik untuk sertai kempen ini demi berjumpa dengan idola anda.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen My Raya Pledge, boleh layari di laman web Redbull.

 

Sekali-sekala berbuka nasi lemak apa salahnya kan?

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.