MRT3 Disambung Selepas MRT2?

MRT2
Sumber: lipstiq.com

Kerajaan mengumumkan bahawa pembinaan MRT3 yang bernilai RM60 bilion akan dibatalkan sehingga laluan MRT2 siap semasa pembentangan bajet 2019 pada 2 November 2018. Laluan MRT2 sepanjang 52.2km akan diteruskan termasuklah laluan bahagian bawah tanah yang meliputi 13.5km di antara Jalan Ipoh dan Kuchai Lama serta 38.7km jejambat akan menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

MRT2
Sumber: Utusan Online

Kata kerajaan, ini merupakan salah satu langkah untuk mengelakkan negara daripada jatuh muflis. Kos kontrak pembinaan MRT2 juga telah berjaya diturunkan sebanyak RM8.8 bilion, iaitu penurunan daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, dengan penjimatan sebanyak 22.4%.

MRT Corp turut menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan membantah keputusan kerajaan kerana projek ini hanya dalam peringkat rancangan permulaan yang tidak membabitkan pembinaan namun berpendapat bahawa projek ini perlu diteruskan pada masa hadapan.

Sumber: SPAD, Berita Harian