Tip Kurangkan Rasa Dahaga Walaupun Kekal Cergas Sepanjang Bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan, ramai orang mengalami dihidrasi disebabkan tidak mendapat bekalan air secukupnya yang diperlukan oleh tubuh. Untuk mereka yang sudah terbiasa minum air dengan kerap dan banyak merasakan menahan lapar adalah lebih mudah berbanding dahaga.

Terutamanya jika anda seorang yang aktif dan sentiasa bergerak melakukan kerja, tubuh akan mudah terasa letih. Jadi, kami berikan beberapa tip untuk kurangkan rasa dahaga anda sepanjang bulan Ramadan.

1. Minum menjelang imsak

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, setelah masuk waktu imsak kita disunatkan untuk berhenti makan sebagai sikap berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan waktu Subuh.

Tip Kurangkan Rasa Dahaga Bulan Ramadan

Sewaktu imsak inilah anda digalakkan minum air putih supaya tubuh dapat menyimpan air dalam jangka masa lama. Sewaktu sahur, anda digalakkan untuk perbanyakkan minum air masak (sekurangnya satu gelas) dan tinggalkan minuman bergula serta berkafein.

2. Perbanyakan makan buah

Salah satu cara mudah mengelak rasa dahaga sepanjang berpuasa adalah dengan memperbanyakan makan buah-buahan terutamanya buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, anggur, melon dan timun.

Tip Kurangkan Rasa Dahaga Bulan Ramadan

Jika anda kurang selesa untuk minum air putih dalam kuantiti yang banyak semasa sahur, bolehlah cuba amalkan makan buah-buahan atau dibuat jus. Bukan sahaja tinggi dengan kandungan vitamin dan serat, malah makan buah-buahan juga dapat menyegarkan badan.

Kalau dah segar mesti lebih selesa untuk lakukan aktiviti seharian kan?

3. Makan yogurt

Ramai sebenarnya tidak tahu (atau mungkin tidak perasan?), makan yogurt mampu membekalkan air kepada tubuh badan kita kerana ia mengandungi 85% air. Sama ada yang berperisa atau yang biasa, yogurt tetap memberikan khasiat kepada kesihatan tubuh.

Kaya dengan fosfofur, vitamin B5, zink, iodin dan vitamin B12, makan yogurt boleh menjaga prestasi sel darah merah anda. Kalau anda alami masalah nafas berbau pada bulan Ramadan, apa kata anda amalkan makan yogurt sekurangnya sekali seminggu. InsyaAllah, masalah nafas berbau anda akan dapat diatasi.

Kalau bosan makan yogurt begitu sahaja, anda juga boleh menjadikan yogurt sebagai dressing salad atau buahan. Bukan sahaja membantu diet anda, tetapi juga membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh sepanjang Ramadan.

Tip Kurangkan Rasa Dahaga Bulan Ramadan

Cuba ubah pemakanan anda dengan menggunakan tip di atas pada bulan Ramadan ini dan rasai sendiri perbezaannya. Anda juga boleh klik sini untuk baca tip pemilihan makanan untuk kekal cergas pada bulan Ramadan ini.

Selamat mencuba dan berpuasa dengan aktif!

Sumber: MStar

Bulan puasa kalau nak makan di Al Rawsha kena buat tempahan tau. Kalau tak penuh nanti.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.