Cara Mudah Buat Coleslaw Tanpa Gunakan Susu

coleslaw tanpa susu
Sumber: BBC

Selain menjadi hidangan sampingan untuk dimakan bersama chicken chop dan makanan barat yang lain, coleslaw juga sesuai menjadi topping untuk semua jenis sandwic, sosej dan burger.

Keenakan coleslaw ini apabila kita dapat rasai kerangupan hirisan kobis dan lobak merah yang disulami dengan rasa masam manis sosnya. Kali ini kami berikan resipi coleslaw tanpa menggunakan susu.

Jom lihat resipinya.

Bahan-bahan:

Sebatang lobak merah
Satu labu bawang merah
Kobis ungu
Mayonis
Perahan air lemon
Cuka makan
Gula

coleslaw tanpa susu
Sumber: Purewow

Cara membuatnya:

1. Hiris nipis lobak merah, kobis ungu dan bawang merah kemudian gaul sebati dan ketepikan.
2. Campurkan mayonis, perahan air lemon, cuka makan, gula kemudian perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam, kacau sebati.
3. Campurkan sos tersebut dengan hirisan sayuran tadi.

Mudah bukan? Rasanya tetap sedap dan lebih berkhasiat. Selamat mencuba!