Resipi Samosa Daging Guna Tortilla

Resipi Samosa Daging Tortilla
Sumber: Twisted

Selain membuat kulit samosa sendiri, ada juga cara mudah dengan menggunakan kulit popiah. Namun, ada pilihan lain selain menggunakan kulit popiah iaitu daripada roti tortilla.

Resipinya mudah sahaja. Menggunakan roti tortilla akan terasa lebih rangup dan kurang berminyak. Jom tengok resipi ini.

Resipi Samosa Daging Tortilla
Sumber: Twisted

Bahan-bahan:

1 bungkus roti tortilla
Daging kisar tak kisah jenama apa
2 biji kentang dipotong dadu
2 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu serbuk kari daging
Garam
Serbuk secukup rasa
Daun sup dicincang halus

Cara membuat:

1. Panaskan minyak untuk memasak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari, daging dan kentang, masak di atas api kecil hingga kentang menjadi lembut (letak sedikit air jika perlu).
3. Masukkan garam dan serbuk secukup rasa, kemudian taburkan daun sup.
4. Ambil sekeping roti tortilla dan belah dua.
5. Ambil sebelah roti tortilla tadi dan bentukkan segi tiga (ambil hujung roti kiri dan kanan kemudian lipat ke tengah). Sapu hujung lipatan itu dengan sapuan telur supaya roti terbentuk.

Resipi Samosa Daging Tortilla
Sumber: Indfused

6. Apabila sudah bentuk, masukkan inti ke dalam ruang roti tadi. (Jangan isi terlalu penuh)
7. Tutup hujung roti tadi dengan sapuan telur kemudian kemaskan.
8. Boleh goreng samosa hingga keperangan atau grill sahaja.

Selamat mencuba!