Majelis Ulama Indonesia Sahkan Xing Fu Tang Halal!

Jenama teh boba yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini pernah tular setelah status halalnya yang dipersoal gara-gara tidak memiliki sijil halal yang diiktiraf JAKIM.

Masing-masing ada pendapat mereka yang tersendiri selepas mendengar penyataan daripada Xing Fu Tang bahawa produk mereka mempunyai sijil halal dari Taiwan, pork-free dan lard-free.

Walau bagaimanapun, dari pihak JAKIM sendiri mereka menegaskan bahawa premis makanan yang menggunakan bahan mentah atau ramuan yang telah dipersijilkan halal tidaklah bermaksud premis tersebut boleh diperihalkan sebagai persijilan halal.

Semalam, Xing Fu Tang telah melakukan hebahan terkini yang mana syarikat mereka telah disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan ianya merupakan badan yang telah diakui/diiktiraf oleh JAKIM.

Xin Fu Tang Halal

Nombor rujuk sijil halal: No. 03130016420617
Tempoh sah sijil: 25 Jun 2019 – 24 Jun 2021

Sumber: Xing Fu Tang Malaysia

Memang eksklusif layanan di Laguna Redang Island Resort ini.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.