Resipi Kari Ayam Bersama Mangga

Kari ayam mangga
Sumber: Taste

Kari ayam adalah menu yang sangat terkenal dan digemari masyarakat kita. Masakan kari ayam sesuai untuk dihidangkan bersama dengan pelbagai jenis menu lain seperti nasi dan roti.

Selalu kita lihat bahan hidangan ini disekalikan dengan terung dan bendi. Tapi kali ini kita tampilkan kelainan dalam masakan kari dengan campuran mangga. Jom kita lihat resipi kari ayam bersama mangga ini.

Bahan-bahan:

135g Greek yogurt
50g mangga muda dipotong dadu besar
100g ubi kentang dipotong dadu besar
50g lobak merah dipotong dadu besar
400ml air
Ayam seekor dipotong kecil
30 g kacang gjus dicincang halus
Garam dan bahan perasa

Kari ayam mangga
Sumber: Jan’s Food

Bahan kisar:

1 biji tomato
3 sudu besar belacan
4 ulas bawang putih
3cm halia
2 bawang putih
3 buah pala
2 sudu teh biji sawi

Cara memasak:

1. Kisar tomato, belacan, bawang putih, bawang merah, buah pala dan bili sawi. Kemudian tumiskan semua bahan kisar tersebut di dalam periuk sampai pecah minyak.

2. Tambahkan Greek yogurt, garam atau secukup rasa, mangga muda, ubi kentang, lobak merah, air, ayam serta kacang gajus dan kacau rata.

3. Biarkan mendidih selama 5 minit dan kemudian renehkan selama 20 minit.

4. Sedia utuk dihidangkan!

Mudah sahaja bukan? Rasa masam manis berlemak kari pasti terangkat! Selamat mencuba.

Sumber: Maggi

 

Siapa yang belum cuba menu durian IKEA, kena cuba.

Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.