Enggan Lakukan Pemeriksaan Badan, Pelancong Korea Tampar Pekerja Keselamatan Lapangan Terbang

Seorang pekerja keselamatan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand ditampar kerana menjalankan tugas pemeriksaan badan pada seorang wanita Korea Selatan 26 Januari lalu. Kejadian berlaku pada jam 11 malam itu berpunca daripada sistem penggera yang berbunyi apabila wanita berkenaan melepasi pintu pengesan logam sebelum masuk ke kawasan perlepasan.

Wanita Korea Tampar Pekerja Keselamatan

Beliau yang bekerja di bahagian pintu masuk perlepasan penerbangan itu dikatakan telah meminta izin sebelum melakukan pemeriksaan badan wanita terbabit. Wanita yang ditemani seorang lelaki Korea itu kemudiannya enggan memberikan kerjasama lalu bertindak kasar dengan menampar pekerja terbabit sebelum dileraikan oleh lelaki Korea yang menemaninya serta pekerja lelaki keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.

Wanita Korea Tampar Pekerja Keselamatan

Memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap serangan oleh wanita Korea tersebut, pekerja keselamatan ini diberikan pujian kerana ketenangannya menangani situasi terbabit mengikut prosedur keselamatan seperti yang telah dilatih selain daripada menjaga nama baik lapangan terbang berkenaan.

Wanita Korea tersebut dikenakan saman sebanyak 1,000 baht (RM130) oleh pihak polis sebelum dibenarkan untuk meninggalkan Thailand. Lelaki yang menemani wanita Korea berkenaan memberikan ‘wai’ (perbuatan merapatkan kedua belah tangan seperti menyembah Tuhan dan menunduk) sebagai tanda permohonan maaf atas perbuatan wanita terbabit.

Hmm, ikut prosedur pun kena tampar. Apa nak jadi orang sekarang ini.

Sumber: The Thaiger

Tengok cheese Beb StoneOven Pizza ni. Memang tak kedekut!

Beb Stone Oven Pizza

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Beb Stone Oven Pizza

Homemade pizza dengan roti lembut gebu, dibakar di depan mata. Ah, tengok sajalah video ini…

Posted by MakanLena on Thursday, January 17, 2019