Ini Sebab Durian J-Queen Dijual Sehingga RM4,000 Sebiji

durian J-Queen
Sumber: Hipwee

Kalau anda rasa durian Musang King paling mahal pernah anda jumpa dan makan, sebenarnya ada lagi mahal berbanding telefon pintar yang anda ada sekarang. Bagi peminat durian yang tidak kisah dengan harga semahal ini pasti kecewa kerana durian yang sebegitu mahal ini berada di negara jiran kita.

Durian ini dikenali sebagai J-Queen dengan harganya mencecah Rp14 juta (~ RM4,000) sebiji! Ini fakta tentang buah durian yang boleh mengalahkan harga Musang King di Malaysia.

durian J-Queen
Sumber: Wow Keren

1. Hanya boleh didapati di pusat beli belah Plaza Asia, Tasikmalaya.

2. Sejak penjualannya pada hari pertama, J-Queen menjadi tarikan pelancongan popular di Tasikmalaya untuk mengambil gambar bersama durian itu.

3. Hanya ada satu pokok J-Queen buat masa ini dan buahnya hanya boleh dituai tiga tahun sekali dan paling banyak berbuah sebanyak 20 biji.

4. Baka buah ini dihasilkan oleh seorang pekebun berusia 32 tahun yang ditanam di Kendal, Jawa Tengah.

5. Memenangi peraduan durian di Pulau Pinang pada tahun 2018 dan buah ini telah mengalahkan jaguh durian Malaysia, Musang King.

6. Bentuk buah durian ini dikatakan berbentuk bulatan yang sempurna dan semuanya ada 6 garis jalur di dalamnya. Setiap buah di dalamnya berbentuk bulat dan tidak lonjong dengan warna kuning emas.

7. Rasanya seperti mentega kacang serta pahit dan manis yang seimbang. Isinya juga tebal dan bijinya nipis.

8. Menurut pemiliknya, Aka, dia seorang sahaja yang memiliki baka J-Queen dan tidak akan menjual baka itu kepada orang lain.

9. Dua daripada empat buah durian yang dijual di Plaza Asia telah terjual, manakala dua lagi yang tinggal untuk peminat durian apabila menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Memang betul ke durian ini mampu mengalahkan Musang King kita? Siapa berani cuba dengan harga semahal ini?

Sumber: Coconuts

Selain buah durian, ini antara makanan termahal pernah wujud di dunia. Tonton

5 Makanan Termahal Di Dunia

dan janga lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Makanan Termahal Di Dunia

Ini 5 makanan paling mahal di dunia. Berapa paling mahal kalian sanggup belanja untuk makan?

Posted by MakanLena on Friday, December 14, 2018