Tindakan ekstrem demonstrasi kumpulan PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) di luar pusat beli belah Sydney, Australia mengejutkan banyak pengunjung yang hadir. Ini kerana tindakan mereka memanggang anjing secara terbuka bagi tujuan mempromosikan veganisme.
Berjaya menimbulkan kemarahan orang ramai yang merupakan objektif demonstrasi mereka walaupun hanya menggunakan prop, tindakan kumpulan ini adalah bersempena dengan sambutan Australia Day pada 2 Februari ini.
PETA supporters grill a dog on the streets of #Sydney, Australia to raise the question, “If you wouldn’t eat a dog, why eat a lamb?”
If you find these images disturbing, but you eat meat, think about your perception. pic.twitter.com/AUlYsDcdmm
— PETA (@peta) January 25, 2019
Dilihat sebagai cara menunjukkan protes terhadap pesta barbeku yang disambut di seluruh Australia, ahli kumpulan ekstremis vegan dilihat menyusun beberapa jenis sayuran mengelilingi prop anjing tersebut.
Dengan papan tanda “If you wouldn’t eat a dog, why eat a lamb?” di tempat pemanggang, kumpulan terbabit percaya bahawa perbezaan yang dibuat antara haiwan domestik dengan haiwan dimakan manusia adalah mengarut dan tidak adil.
NoBODY belongs on a barbecue 🙅♀️
[via PETA Australia] pic.twitter.com/FlE5eWcBKo
— PETA (@peta) January 26, 2019
“Sesiapa yang merasa marah dengan tindakan memanggang anjing ini seharusnya mempersoalkan spesisisme mereka iaitu diskriminasi perasaan belas kasihan mereka terhadap spesis haiwan tertentu.”
Aksi ektrem kumpulan itu dilabel sebagai sangat mengganggu oleh beberapa penduduk Sydney kerana berhampiran kawasan tersebut terdapat ramai murid-murid sekolah yang sedang menikmati cuti musim panas terlihat takut.
Kekal dengan pendirian mereka, PETA berharap demonstrasi mereka di Pit Street Mall itu akan membuatkan rakyat Australia berfikir banyak kali sebelum meraikan cuti yang akan datang.
Sumber: Fox News
Jom tengok gaya Hero Oven Adamdidam masak resepi unik beliau.
5 Resepi Unik Adamdidam
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
Ini kompilasi 5 resepi unik finalis Hero Oven musim kedua. Macam sedap betul…
Posted by MakanLena on Friday, January 18, 2019