Nikmati Sarapan Sambil Lihat Belon Udara Panas Di Putrajaya 2019

belon udara panas 2019

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (MyBalloonFiesta) 2019 bakal menemui anda tidak lama lagi, selama empat hari bermula 28-31 Mac, bertempat di Presint 2. Pastinya, acara yang dijalankan semasa musim cuti sekolah dapat membawa keterujaan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Acara tahunan ini bakal mempamerkan 20 belon udara panas pelbagai bentuk dan warna. Pelbagai negara yang akan mewakili di pesta ini termasuklah Belgium, United Kingdom, Sepanyol, Taiwan dan Thailand.

Antara pakej yang disediakan dalam acara besar-besaran di Putrajaya ini:

1. Balloon & Breakfast

belon udara panas 2019
Sumber: Dennisgzill

Pilih tempat untuk anda bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan untuk menikmati sarapan dengan pemandangan di atas langit yang dipenuhi belon udara panas di Picnic Zone. Pakej yang disediakan ini termasuklah kawasan berkelah yang eksklusif, set sarapan dan untuk pengunjung terawal akan mendapat set bean bags (tikar perlu dibawa sendiri).

Antara set sarapan yang disediakan kepada pengunjung yang mengambil pakej ini,

belon udara panas 2019

Tiket:  RM50 (Dewasa), RM20 (Kanak-kanak)

2. MyBalloonClub

belon udara panas 2019

Bakal diadakan pada 30 dan 31 Mac sahaja, bertempat di Pink Zone. Zon inilah yang bakal membawa anda merasai pengalaman menaiki belon udara panas melihat pemandangan sekitar Putrajaya.

Antara pakej yang disediakan di zon ini ialah menaiki belon udara panas selama 5 ke 7 minit, sarapan gourmet secara bufet, persembahan Jazz secara langsung dan tiket akses acara Night Glow.

Tiket: RM300 (Dewasa), RM250 (Kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas)

3. Night Glow + Party Kit

belon udara panas 2019
Sumber: Hype MY

Acara kemuncak yang mana cahaya lampu dari belon udara panas pelbagai bentuk bergemerlapana bersama iringan muzik pasti mengujakan malam minggu anda. Acara ini bakal berlangsung pada malam 30 dan 31 Mac di Blue Zone.

Tiket: RM45 (Dewasa), RM35 (Kanak-kanak)

Terdapat juga pameran balloon igloo, diperbuat daripada belon udara panas yang dikitar semula, gerai jualan makanan & minuman dan pameran untuk pengunjung yang datang di sana.

Kalau masih rasa tak mampu dengan kesemua harga pakej ini, masih ada lagi harga mampu untuk anda yang teringin ke sana tetapi kurang bajet. Anda boleh mengambil pakej Launching Field Access untuk sesi terpilih pada harga RM13 untuk dewasa dan kanak-kanak pada harga RM10.

Inilah peluang anda untuk merai bersama keluarga dan rakan-rakan di pesta belon udara panas pada kali ini! Semua harga tiket dan info lanjut, boleh layari di laman MyBalloonFiesta.

 

Jom terliur sama-sama tengok masakan chef ini, tonton

7 masakan unik berasaskan daging oleh Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Masakan Unik Berasakan Daging Oleh Chef Burak

Allahu hedapheee…. mehitik hair yur nii…

Posted by MakanLena on Tuesday, January 22, 2019