Pencinta Kucing Wajib Jadikan Pantai Kucing Teluk Bahang Sebagai ‘Wish List Travel’ Anda

Pantai Kucing Teluk Bahang
Sumber: Cat Beach Penang

Jika di Jepun terkenal dengan Pulau Kucing di Aoshima, di Malaysia pula ada sebuah pantai yang dikenali sebagai Pantai Kucing atau Cat Beach, Teluk Bahang yang dihuni lebih 250 ekor kucing.

Ia bermula dengan hanya 10 ekor kucing pada 2005, rumah kampung di tepi laut Teluk Bahang, Pulau Pinang ini menjadi habitat bagi ratusan ekor kucing jalanan. Pencinta kucing pasti teruja apabila berkunjung di pantai tersebut kerana kucing-kucing di sana amat mesra dan manja. Lagilah seronok membelai kucing-kucing ini!

Diilhamkan oleh seorang pencinta kucing dari Amerika Syarikat, Teviot Fairservis bersama rakannya, Nana Wan Chik untuk membela nasib haiwan yang terbiar di pantai berhampiran kampung nelayan Jalan Telok Awak.

Pantai Kucing Teluk Bahang
Sumber: Zayan

Kata mereka, bukan mudah untuk membela dan menjaga ratusan kucing kerana haiwan berkenaan memerlukan makanan yang mencukupi selain perubatan yang mencecah ribuan ringgit. Pantai Kucing ini telah ditubuhkan pada 2011 dengan misi menyelamatkan dan menyediakan tempat perlindungan untuk kucing terbiar.

Mereka juga mengalu-alukan kedatangan pencinta kucing yang secara sukarela untuk membantu mereka sambil menderma untuk penjagaan kucing. Sambil menikmati pemandangan tenang dan indah sekitar pantai Teluk Bahang, boleh bermain dan bermanja dengan kucing-kucing comel di sini. Ada juga aktiviti lain seperti memberi makan, mandi, dan pelbagai lagi menanti anda.

Pantai Kucing Teluk Bahang
Sumber: Cat Beach Penang

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Pantai Kucing ini, boleh mengambil bas dari Georgetown, datang pada hujung minggu di antara jam 11 pagi hingga 4 petang. Jika anda ke sana dalam kumpulan yang besar, boleh hubungi mereka atau email di [email protected].

Alamat: 778, Jalan Teluk Bahang MK 2, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang
No. Tel: 017 575 3419

Boleh layari ke laman Cat Beach Penang untuk maklumat lanjut.

Sumber: Bernama

 

Ajak kawan-kawan bercuti di,

5 tempat alam semulajadi unik di Malaysia yang wajib dikunjungi

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Tempat Alam Semulajadi Unik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

Menarik betul! Mana yang anda dah pernah sampai?

Posted by MakanLena on Sunday, December 16, 2018