Tak Percaya? Inilah Antara Makanan Yang Selalu Anda Salah Eja

Selalu juga kan kita keliru mana satu ejaan yang betul bagi sesuatu makanan. Setiap orang ada sebutan berbeza, hingga kita sendiri pun tak tahu nak guna yang mana. Sering terlihat dalam menu-menu kedai, jadi kita anggap ejaan itulah sebenarnya yang betul.

Sedar dengan keadaan ini, kami senaraikan beberapa ejaan makanan yang selama ini anda rasa betul sedangkan tiada pun dalam senarai makna mengikut Kamus Dewan.

1. Kueh tiaw (X) – Kuetiau (√)

Seringkali dieja sebagai ‘kuey tiaw’, ‘kueytiau’, ‘kway teow’ dan ‘kueh tiaw’, ejaan sebenar kuetiau ialah kuetiau. Sering menjadi mangsa keadaan kesalahan ejaan, marilah kita mula biasakan ejaan kuetiau yang betul.

Kesalahan Ejaan Makanan
Sumber: Food Advisor

2. Murtabak (X) – Martabak (√)

Ya, martabak dieja dengan meletakkan huruf ‘a’ disebelah ‘m’ dan bukannya ‘u’.

3. Original Nasi Kandar (X) – Nasi Kandar Original (√)

Selalu kita lihat papan tanda pada warung kedai mamak ‘Original Nasi Kandar’ kan? Telah melanggar hukum D-M Bahasa Melayu, kata nama majmuk perlulah didahului dengan unsur yang diterangkan (D) dan disusuli dengan unsur yang menerangkan (M). Kesalahan ini memang biasa berlaku khususnya dalam ayat yang mencampurkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Kesalahan Ejaan Makanan
Sumber: Kayu

4. Chicken Chop (X) – Cop Ayam (√)

Tanpa sedar, sebenarnya makanan ini wujud dalam istilah Bahasa Melayu iaitu sebagai Cop Ayam. Kedengaran kelakar, tapi inilah yang sebenarnya. Kalau ‘Lamb Chop’? Sudah semestinya Cop Kambing. Lagi nak tanya pula.

5. Sushi (X) – Susyi (√)

Bagi menyelaraskan ejaan, suku kata ‘sh’ tidak lagi digunakan dalam Bahasa Melayu. Jadi ejaan ‘sushi’ yang selama ini anda eja adalah salah. Yang benar ialah ‘susyi’.

6. Mee (X) – Mi (√)

7. Nasi impit (X) – Nasi himpit (√)

8. Serunding (X) – Serondeng (√)

9. Putu mayam (X) – Putu mayang (√)

10. Nasi briyani (X) – Nasi beriani (√)

11. Pasembor (X) – Pasembur (√)

Kesalahan Ejaan Makanan
Sumber: Tourism Malaysia

12. Tosai (X) – Tose (√)

13. Spaghetti (X) – Spageti (√)

14. Chapati (X) – Capati (√)

15. Tom yam (X) – Tomyam (√)

Kesalahan Ejaan Makanan
Sumber: Keluarga

Lepas ini kalau nampak sesiapa eja salah makanan di atas ini, bolehlah tegur. Bukan mahu menunjuk pandai. Tapi sekadar mahu membetulkan yang salah. Kalau rasa ragu-ragu, bolehlah rujuk di laman sesawang PRPM yang dikendalikan khas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buang yang salah dan biasakan yang betul.

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jom tengok gaya Hero Oven Adamdidam masak resepi unik beliau.

5 Resepi Unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Resepi Unik Adamdidam

Ini kompilasi 5 resepi unik finalis Hero Oven musim kedua. Macam sedap betul…

Posted by MakanLena on Friday, January 18, 2019