Etihad Airways, Penerbangan Pertama Bebas Plastik Sempena Hari Bumi

Sumber: Forbes

Pada tarikh 22 April setiap tahun, dunia akan menyambut Hari Bumi atau Earth Day sebagai tanda menyokong perlindungan alam sekitar.

Berikutan dengan itu, pesawat Etihad Airways yang melakukan perjalanan daripada Abu Dhabi telah mengambil inisiatif sebagai penerbangan pertama bebas plastik bersempena dengan tarikh pendarataran di Brisbane jatuh pada 22 April.

Inisiatif ini menjadi penanda aras kepada permulaan perancangan Etihad Airways dalam mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan plastik (sekali guna) sehingga 80% pada akhir tahun 2022.

Etihad Airways Bebas Plastik
Sumber: Forbes

Barangan plastik dalam pesawat akan menggunakan alternatif yang lebih mesra alam termasuklah sudu, garfu, cawan, pinggan, berus gigi dan beg berisi headset.

Selain itu, syarikat penerbangan ini juga menyediakan kemudahan, peralatan dan permainan kanak-kanak serta selimut yang diperbuat daripada botol kitar semula telah membawa kepada penurunan jumlah penggunaan plastik yang dianggarkan lebih daripada 50 kilogram.

Walaupun begitu, ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Pihak syarikat perlu bekerjasama dengan pembekal bagi memastikan barang yang dihantar kepada mereka tidak dibalut dengan menggunakan plastik (sekali guna).

Pada 1 Jun 2019, lebih 20% penggunaan barang plastik sekali guna dapat dikurangkan dan sehingga hujung tahun ini dijangkakan nilai terkumpul adalah lebih daripada 100 tan.

Sumber: The National

Yang penting semuanya tepi laut. Pemandangan memang cantik.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.