Pilih Doraemon Untuk Promosi Tahun Melawat Malaysia 2020?

Doraemon Tahun Melawat Malaysia
Sumber: Bebas News

Tindakan Balai Seni Lukis Negara bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) mencetuskan kontroversi.

Ramai pihak yang mempersoal termasuk Presiden Persatuan Animasi Malaysia tentang keperluan mempromosi animasi luar negara untuk menarik pelancong datang ke Malaysia tetapi tidak menggunakan animasi tanah air yang juga sudah terkenal di persada antarabangsa.

“Malaysia tidak kurang hebatnya dengan watak animasi sedia ada. Antaranya Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboiboy, Usop Sontorian, Keluang Man dan lain lain yang pernah dan masih digemari penonton,”

Pada Mac lalu, Pengerusi Balai Seni Lukis Negara berkata cadangan mengadakan pameran lukisan Dorameon secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia di mata dunia memandangkan animasi itu mempunya peminat di seluruh negara.

Doraemon Tahun Melawat Malaysia
Sumber: Brilio

Sementara itu, syarikat penerbit filem animasi tempatan Upin Ipin, Les’ Copaque Production Sdn Bhd dilihat seakan menyindir cadangan berkenaan ada hantaran media sosial yang disertakan berita pameran Doraemon mempromosi Tahun Melawat Malaysia.

Benda boleh pakai animation luar untuk promote Malaysia, buat apa pakai animation Malaysia sendiri 😅

Posted by Les' Copaque Production Sdn. Bhd. on Monday, April 22, 2019

Bagaimanapun, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan pameran lukisan animasi berkenaan sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena TMM 2020.

Menterinya berkata, kenyataan itu hanyalah bersifat peribadi dan bukan dipersetujui MOTAC.

“Ia cadangan beliau dan jika perkara itu diangkat kepada saya, saya tidak akan luluskan,” kata Datuk Mohamaddin Ketapi.

Tambahnya, jika usaha mempromosi watak kartun animasi Jepun itu benar-benar berlaku, sudah pasti ia dijelaskan kepada umum.

“Saya berharap orang ramai tidak terkeliru dengan apa viral di media sosial itu dan saya berharap kenyataan ini dapat memberi gambaran jelas kepada umum.” katanya.

“Saya berharap perkara viral ini tidak lagi diteruskan kerana ia akan mengelirukan orang ramai,”

Sumber: Malaysia Kini, Berita Harian