Genting Rancang Buka Taman Tema Terbuka Pada Awal Tahun Hadapan

taman tema Genting
Sumber: Kuala Lumpur

Pada November lepas, Malaysia digemparkan dengan berita mengenai syarikat Genting Malaysia Berhad menyaman Walt Disney Co dan Twenty-First Century Fox Inc sebanyak RM4.19 bilion atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema jenama Fox.

taman tema Genting
Sumber: Carigold

Genting menyalahkan Fox atas penangguhan beberapa tahun dan berkata, Disney yang membeli kebanyakan aset Fox bernilai RM299 bilion mahu menarik diri kerana kerjasama dengan syarikat perjudian tidak menepati strategi jenama ‘mesra keluarga’ milik mereka.

Persoalannya sekarang, apa yang akan berlaku kepada taman tema tersebut yang hampir-hampir selesai?

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Genting, Lim Kok Thay berkata mereka masih meneruskan rancangan untuk membangunkan taman tema walaupun ada kemelut yang berlaku dengan pihak Disney dan Twenty-First Century Fox itu.

Rancangan untuk membangun dan mengendalikan taman tema terbuka itu semuanya sudah direncanakan dan mereka juga merancang untuk membukanya pada Januari 2019, katanya kepada pihak Business Times Singapura.

Beberapa minggu lalu, khabar angin mengatakan dua pengendali taman tema terbesar di dunia iaitu Universal dan Six Flags berminat untuk mengambil alih pembinaan taman tema.

Meskipun masih ada kemungkinan bahawa syarikat-syarikat ini akan mengambil alih taman tema tersebut, juga ada berita baik dari pihak Genting untuk merancang menyelesaikan pembinaan sama ada dengan bantuan pihak ketiga atau tidak.

Jadi, masih ada peluang melihat taman tema Genting Highlands hidup kembali walaupun tanpa Fox!

Sumber: Rojak Daily