Tony Fernandes Terbangkan Kumpulan BTS Khas Untuk ARMY Malaysia

BTS Malaysia
Sumber: Mashable

BTS bukanlah satu kumpulan yang baru dalam industri K-pop. Mula debut pada 2013, BTS atau Bangtan Boys yang bernaung di bawah syarikat The Big 3 bukan sahaja menerima anugerah dalam negara Korea tetapi juga pada peringkat global.

BTS Malaysia
Sumber: Billboard

Genre muzik yang berbeza menyebabkan BTS semakin dikenali di peringkat global sehingga pernah menduduki tangga pertama dalam carta Billboard Social 50 Chart dan menerima 3 Anugerah Daesang (anugerah terbesar) di Korea.

Oleh itu, tidak hairanlah jika berita bahawa kumpulan ini bakal melangsungkan konsert pertama mereka di Malaysia amat menggembirakan kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY.

Perkhabaran tersebut disampaikan oleh Tony Fernandes, Ketua Pengarah Eksekutif AirAsia secara tidak rasmi semasa sesi Executive Talk AirAsia di UniSZa telah mengujakan para peminat yang pastinya tidak sabar untuk melihat sendiri BTS beraksi di depan mata mereka.

Konsert jelajah dunia BTS pada 2019 akan menyaksikan BTS membuat persembahan di beberapa buah negara Asia termasuklah Singapura, namun Malaysia masih lagi belum termasuk dalam senarai tersebut.

Walaupun kehadiran BTS ke Malaysia sudah disahkan oleh Tony, namun pihak AirAsia dan BTS sendiri masih belum mengeluarkan pernyataan rasmi mengenai perkara berkenaan.

Diharapkan ARMY sabar menanti kenyataan rasmi daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Sumber: Astro Awani