Grab Melabur 100 Juta Dolar Pada Rangkaian Hotel Bajet OYO

Grab, perkhidmatan yang semakin menempa nama di dunia ini mengumumkan akan melaburkan kira-kira US$100 juta kepada syarikat menguruskan perkhidmatan hotel bajet OYO yang berpusat di India.

BACA: Go-Jek Indonesia Pencabar Baru Grab Di Singapura

OYO yang diiktiraf sebagai rangkaian hotel bajet terbesar Asia Selatan dilancarkan pada 2013 oleh Ritesh Agarwal merupakan syarikat hospitaliti yang sudah berkembang melebihi 8,500 hotel di 230 bandar dalam negara India, Malaysia, UAE, Nepal, China dan Indonesia.

Grab OYO
Sumber: Grab

Grab kini boleh digunakan bukan sahaja untuk perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran makanan, tetapi juga menempah serta membayar hotel pilihan pengguna melalui aplikasi GrabPay.

Gabungan kerjasama daripada pelaburan Grab-OYO ini dilihat lebih memudahkan kerana pelancong hanya perlu menggunakan satu aplikasi untuk seluruh perjalanan percutian.

Sumber: The Star Online