Lagi-lagi Isu Teksi-Grab, Kali Ini Di Jakarta

Grab Car
Sumber: Vocket

Isu di antara pemandu teksi dan Grab bukan sahaja di Malaysia, tetapi terjadi juga di negara luar. 29 Oktober 2018, di luar pejabat Grab Jakarta, sekumpulan tunjuk protes yang disertai oleh pemandu teksi telah melakukan tunjuk perasaan. Kumpulan itu dilihat hilang kawalan dan bertindak ganas sehingga memecahkan tingkap pejabat Grab tersebut.

Grab Car
Sumber: kompas.com

Paparan video menunjukkan kejadian huru-hara yang disebabkan oleh tunjuk perasaaan:

Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang mengerumuni tempat tersebut. Pemandu teksi mendakwa Grab mengeksploitasi pekerjanya dan memegang monopoli dalam perniagaan pengangkutan atas talian di negara Indonesia.

Isu ini dilihat seperti tiada jalan pengakhiran. Persoalannya, sampai bila konflik di antara pemandu teksi dan pemandu e-hailing ini terutamanya Grab akan berakhir?

Sumber: The Star Online