Gula Palma Pemanis Asli Yang Dilupakan, Lebih Banyak Khasiat Berbanding Gula Komersial

Gula Palma Pemanis Asli Banyak Khasiat

Gula Palma Pemanis Asli Yang Dilupakan, Lebih Banyak Khasiat Berbanding Gula Putih

Gula, dalam bentuk karbohidrat, merupakan salah satu daripada makronutrien polimer semula jadi yang penting untuk kestabilan fungsi badan manusia selain lemak dan protein.

Ia merupakan nutrisi utama kerana monomer atau bahan binaan asasnya (glukosa) merupakan ‘bahan bakar’ utama metabolisma badan kita, membekalkan tenaga untuk aktiviti sel, tisu dan juga organ.

Sejarah gula dalam peradaban manusia

Di benua Asia, gula mula dihasilkan di sub-benua India sejak zaman purba. Dari situ, penyebarannya mula berlaku sehingga ke Afghanistan masa kini.

Penting untuk diingatkan bahawa gula bukanlah sesuatu yang mudah didapati mahupun murah ketika zaman purba. Malah, di kebanyakan bahagian-bahagian lain di dunia ketika itu, pemanis utama yang digunakan adalah madu.

Asalnya, manusia mengunyah tebu demi mendapatkan rasa manis di dalam gula. Seperti di Malaysia, dahulunya orang kita mengambil madu dan gula palma sebagai pemanis minuman dan makanan.

Apabila kedatangan British, mereka memperkenalkan gula putih atau gula pasir.
Oleh kerana terdapat industri yang mengeluarkan gula putih atau gula pasir secara besar-besaran, selepas kemerdekaan, pasaran gula ini semakin mendapat permintaan ramai kerana ia mudah di dapati dan harganya lebih murah berbanding dengan gula palma atau madu.

Lama kelamaan, generasi baru biasa dengan gula pasir dan janggal dengan penggunaan gula palma dan madu.

Begitulah kenyataan yang dimuat naik oleh penceramah kesihatan, nasihat pemakanan dan kaunseling, Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebook.

Gula Palma Pemanis Asli Banyak Khasiat

Gula palma pemanis asli

Gula palma adalah pemanis asli (original) yang berkalori, diperolehi dari putik bunga pokok palma.

Di Malaysia, kebanyakan gula palma diperolehi dari pokok kelapa dan nipah. Ia dikenali dengan pelbagai nama seperti gula merah, gula melaka, gula kelapa, gula nipah, gula nise dan lain-lain.

Selain ia berasal dari sumber yang semulajadi, ia dianggap natural kerana proses penghasilan yang minima dan tiada bahan kimia yang digunakan.

Cecair yang dikumpulkan dari putik kelapa dipanaskan perlahan-lahan untuk mengwapkan air yang berlebihan.

Dalam bentuk cecair yang lebih pekat, ia rasa lebih sedap dan berlemak seperti karamel. Dalam bentuk pepejal, rasanya hanya seperti gula tebu yang biasa saja.

Di pasaran, ia terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu cecair, granular (berbiji-biji) atau kiub padat.

Katanya, gula palma tidak menjalani proses penghasilan yang banyak menyebabkan ia masih kaya dengan vitamin dan mineral.

Gula Palma Pemanis Asli Banyak Khasiat
Sumber: FB

Berbanding dengan gula putih yang tiada nutrien di dalamnya, dan ia juga mempunyai Indek Glisemik yang tinggi, iaitu 68.

Namun begitu nilai karbohidrat dan gula ringkas dalam gula palma masih sama dengan pemanis berkalori yang lain. Satu kecil sudu gula putih dan gula palma mempunyai 5gm gula ringkas bersamaan 20 kalori.

Dengan itu gula palma lebih baik daripada gula putih atas faktor ia adalah gula yang semulajadi dan natural (tidak menjalani proses penghasilan yang kompleks), mempunyai pelbagai jenis nutrien dan mempunyai nilai GI yang rendah.

Sungguh pun begitu, jangan ambil gula palma secara berlebihan.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

BACA: Guna 4 Bahan Masakan Ini Halau Semut Dalam Balang Gula