Dengan Harga Tiket Serendah RM5, Anda Boleh Nikmati Pemandangan Memukau Dari Menara Jambatan Angkat Terengganu

Ramai yang tak tahu sebenarnya boleh nikmati pemandangan memukau dan cantik dari menara jambatan angkat Terengganu dengan harga tiket serendah RM5 sahaja.

Tahukah anda di jambatan angkat Kuala Terengganu sebenarnya ada menara yang boleh anda naik untuk melihat pemandangan dari sisi atas?

BACA: 7 Rumah Dengan Ciri Binaan Unik Jadi Tarikan Baharu Kampung Budaya, Terengganu

Walaupun dah mula dibuka secara rasmi pada orang awam pada 1 Ogos tahun lalu, sebenarnya ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan galeri Skybridge ini.

Nikmati Pemandangan Memukau Dari Menara Jambatan Angkat Terengganu Dengan Harga Serendah RM5
Sumber: Libur

Dengan harga tiket masuk serendah RM5 (warganegara) pengunjung boleh melihat hasil karya seni pelukis tempatan yang ditempatkan di sana. Sambil-sambil hayati makna karya seni anak tempatan, bolehlah cuci mata nikmati pemandangan di sekitar menara.

Ramai Yang Tak Tahu, Dengan RM5 Pengunjung Boleh Lihat ‘View’ Cantik Dari Menara Jambatan Angkat Terengganu 2
Sumber: BH

Memang murah dan berbaloi. Lagi cantik kalau datang waktu malam. Nampak lampu-lampu yang pelbagai warna.

Drawbridge atau menara tinjau ini merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara beroperasi pada waktu berikut:

Isnin-Khamis: 10 pagi – 7 malam
Sabtu-Ahad: 10 pagi – 10 malam
Jumaat ditutup: 12.30 tengah hari – 2.30 petang

Maklumat lanjut, boleh didapati di laman web rasmi Terengganu Draw Bridge.

Tonton perkongsian video di TikTok yang menggambarkan suasana dalam menara tinjau tersebut.

@huzelstraveller

RM5 je naik ke Terengganu Drawbridge Tower ni! Murah kan?? Siapa pernah naik sampai ke atas cuba komen sikit😍 #fyp #fypシ #foryou #travel #backpacker

♬ оригинальный звук – krs050200

Baca artikel mengenai lokasi menarik lain yang boleh anda lawat di Terengganu:

Gambar Pantai Seberang Takir, Kuala Terengganu Mirip Seperti Di Australia