Resipi Kuetiau Goreng ‘Chinese Style’ Paling Menjadi

Char Kuey Teow Chinese Style Menjadi
Sumber: Google

Segelintir daripada kita sering menyalah anggap bahawa salah satu makanan popular Malaysia iaitu char kuetiau @ char kuey teow dihidang basah.

Menurut selebriti tempatan Adam Corrie, dalam dialek Hokkien, ‘char’ bermaksud goreng. Jadi istilah sebenar ‘char kuey teow’ ialah kuetiau goreng.

Ramai yang tidak tahu bahawa makanan tersebut adalah berasal dari kaum Cina dan jika ingin nikmati char kuey teow asli, kena cuba yang dimasak oleh kaum Cina.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah dengan versi sebahagian besar kedai Melayu memasak kerana tetap menjadi pilihan orang ramai.

Tetapi jika ingin mencuba versi Cina tetapi tidak pasti untuk mencari yang halal, anda boleh memasaknya sendiri.

Seorang pengguna Facebook, Sue berkongsi resipi kuetiau goreng chinese style ini mendapat lebih 8000 perkongsian dan rata-rata mengakui keenakannya. Jom, kita lihat resipinya.

Char Kuey Teow Chinese Style Menjadi
Sumber: Selera

Bahan-bahan:

A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur – pukul hancur sahaja

B)
5-7 ulas bawang putih – cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis

(C)
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat manis
1/2 sudu kecil kicap pekat – untuk warna sahaja
1/2 sudu kecil pitis otak udang
1 sudu besar sos cili

*Satukan sebati*
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka

Cara memasak:

1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehingga kuning dan masukkan udang. Biarkan sekejap sehingga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teow terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukkan bahan (C) dan goreng lagi sehingga sebati pada mi dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.

*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teow tidak hancur.

Sumber: Remaja