Hati-Hati! Ribuan Pelanggan Hotel Korea Selatan Jadi Mangsa Rakaman ‘Live’

Sumber: YouTube

Fenomena gelombang K-Drama dan K-pop di dunia telah menjadikan Korea Selatan tersenarai dalam salah satu destinasi percutian popular.

Di samping melawat kawasan-kawasan yang menarik, melihat dan mempelajari budaya di sana, pastinya terselit harapan dalam diri para peminat agar dapat bertemu dengan artis kegemaran mereka (walaupun ianya mustahil).

Walaupun Korea Selatan dilihat sebagai salah satu destinasi percutian yang sangat menarik, namun ada juga terselit sisi gelap dalam industri itu.

Dengan melibatkan 42 bilik dalam 30 buah hotel di 10 buah bandar seluruh negara, seramai 1,600 orang pelanggan hotel menjadi mangsa rakaman rahsia pekerja hotel yang tidak bertanggungjawab.

Hotel Korea Selatan
Sumber: Suitcase

Hasil rakaman dari kamera yang disembunyikan dalam kotak TV digital, soket dinding dan pemegang pengering rambut diletakkan di laman berbayar yang mempunyai lebih daripada 4,000 ahli dengan 97 daripadanya membayar yuran bulanan sebanyak USD44.95 (+-RM182.45) untuk akses ekstra seperti memainkan semula sesetengah rakaman secara langsung.

Sudah mengaut lebih USD6,000 (+-RM24,354) antara November 2018 hingga Mac 2019, pihak polis telah menahan dua lelaki serta menyoal siasat dua individu lain yang terlibat bersama penemuan bukti rakaman secara langsung.

Selain itu pihak polis turut memberitahu bahawa kejadian rakaman rahsia di hotel pernah berlaku sebelum ini, namun inilah kali pertama pihak mereka menangkap rakaman video yang disiarkan secara langsung.

Hotel Korea Selatan

Korea Selatan merupakan salah satu negara yang mempunyai masalah serius mengenai kamera tersembunyi dan rakaman secara haram. Pada 2017 sahaja sudah lebih daripada 6,400 kes yang dilaporkan jika dibandingkan dengan 2012 iaitu sebanyak 2,400.

Kebiasaanya hotel yang terlibat adalah dalam rakaman haram ini berada dalam kategori hotel bertaraf rendah, atau lebih dikenali sebagai motel dan rumah penginapan.

Jadi untuk anda yang ada hasrat ke Korea Selatan, dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati supaya tidak mejadi mangsa kepada tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber: CNN

Kalau pergi bawa geng datang sini memang syok.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.