Ini Respon Warga Weibo Bila Wanita Gothik Dihalang Daripada Menaiki Kereta Api

Sumber: BBC

Komuniti gothik di China telah bersatu dan melancarkan bantahan secara atas talian selepas seorang wanita dipaksa untuk membuang solekan wajahnya sebelum dibenarkan untuk menaiki kereta api di selatan bandar Guangzhou.

Salah seorang anggota keselamatan wanita memanggil pengurusnya sebelum memberitahu bahawa solekan wanita tersebut sebagai ‘bermasalah’ dan ‘sangat teruk’ serta bakal menyebabkan penumpang lain merasa terganggu.

Solekan Gothik

Solekan gothik dikenali dengan solekan matanya yang berat berat dan pemakaian lipstik berwarna gelap. Berang dengan kejadian yang menyebabkan beliau lambat ke destinasinya, wanita tersebut menulis bantahannya di Weibo, salah satu platform seperti WeChat di Malaysia.

“Sebagai warganegara China, saya mencabar pihak yang berkenaan: Undang-undang mana yang ada untuk anda menghalang saya dari menaiki kereta api dan merugikan masa saya?

Kalau anda berjaya memberikan saya satu jawapan (mengikut undang-undang), saya sanggup untuk membayar bunting di stesen kereta api yang mengandungi arahan ‘Individu berpakaian gothik dilarang menaiki kereta api’.”

Solekan Gothik

Sebagai menunjukkan sokongan kepada wanita berkenaan dan bantahan kepada tindakan anggota keselamatan itu, lebih daripada 5,000 orang pengguna Weibo mula memuat naik gambar mereka yang berpakaian dan bersolek dengan warna-warna gelap bersama tanda pagar #ASelfieForTheGuangzhouMetro.

Sejak daripada tersebarnya kejadian itu, pihak stesen kereta api Guangzhou telah memohon maaf dan menggantung kakitangan yang terlibat namun masih belum lagi boleh meredakan kemarahan di media sosial tentang penerimaan sub-budaya di China.

Inilah sebabnya peminat anime suka ke Jepun.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.