Hotel Paya Bunga Patuh Syariah, Jaga Status Halal Haram

Sumber: Teganu Kita

Kerajaan Terengganu mengambil inisiatif memperkenalkan sebuah hotel patuh syariah di negeri tersebut dengan taraf 4 bintang. Menjaga status halal dan haram, terdapat beberapa hotel lain milik kerajaan negeri yang patuh syariah tetapi tidak diisytiharkan secara terbuka.

Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu, Hotel Paya Bunga bertujuan menjadikan identiti patuh syariah dalam semua aspek pekerjaan dengan penampilan elemen pengurusan dan perkhidmatan hotel yang bercirikan Islam dan rekaan konsep moden kontemporari.

Patuh syariah melibatkan semua aspek termasuklah dari segi penyediaan makanan, layanan, pengurusan kewangan dan sumber manusia, kesemuanya berlandaskan hukum syarak. Dibuka dengan harga serendah RM179, para pengunjung boleh melihat pemandangan bandar raya dari dalam kawasan hotel.

Pekerja Muslim dikehendaki menutup aurat namun tidak menjalankan diskriminasi kepada bukan Muslim yang ingin bekerja di sini. Dengan kod etika berpakaian sopan, mereka menerima pekerja bukan Muslim yang layak dan berminat untuk bekerja mengikut ketetapan tertentu.

Etika berpakaian yang sama turut dikenakan kepada para pengunjung telah membuktikan bahawa Hotel Paya Bunga ini benar-benar mahu menjana sumber ekonomi yang bersih.

Hotel Patuh Syariah
Sumber: Teganu Kita

Para pengunjung tidak dibenarkan berbikini selain daripada tiada penghidangan arak daripada pihak hotel adalah merupakan antara contoh syarat patuh syariah yang ditetapkan di Hotel Paya Bunga.

Berdekatan dengan kawasan kompleks membeli-belah yang dihubungkan dengan sebuah jambatan, Hotel Paya Bunga ini ada menyediakan lebih 208 bilik dan suite yang disesuaikan mengikut kehendak pengunjung.

Menyediakan hospitaliti yang sesuai dengan semua golongan terutamanya Muslim, Hotel Paya Bunga turut menyediakan tempat solat berjemaah selain daripada kelas agama atau kuliah daripada ustaz yang dilantik.

Pendekatan patuh syariah ini merupakan salah satu pendekatan yang baik bukan sahaja dibina untuk memudahkan Muslim yang datang ke Terengganu tetapi juga memperkenalkan bahawa Islam itu boleh diadaptasi dalam pelbagai bidang.

Sumber: Free Malaysia Today

Sambil-sambil survey Hotel Paya Bunga ini, jom tengok dalam paparan video bawah ada tidak lokasi alam semula jadi di Terengganu?

5 Tempat Alam Semula Jadi Unik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.