Ini 15 Kawasan ‘Hot Spot’ Berisiko Mati Lemas Di Malaysia

15 kawasan berisiko mati lemas di malaysia
Sumber: Dialog Rakyat

Insiden yang berlaku belakangan ini iaitu pelajar mati lemas akibat dihanyutkan ombak ketika bermandi-manda di tepi pantai Terengganu perlu diberi perhatian semua masyarakat.

Keseronokan beriadah melakukan aktiviti air perlu berpada-pada, jika tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

Susulan itu, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) telah mengenal pasti 15 kawasan hot spot berisiko mati lemas di seluruh negara.

Aktiviti air yang berisiko mati lemas meliputi kawasan sungai, pantai, lombong/ empangan, dan air terjun. Justeru, elakkan melakukan aktiviti air di kawasan ini:

Kawasan Sungai
▪️ Sungai Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah
▪️ Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor
▪️ Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan
▪️ Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor
▪️ Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor

Kawasan Pantai
▪️ Pantai Nipah, Bachok, Kelantan
▪️ Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
▪️ Teluk Bahang, Pulau Pinang

15 kawasan berisiko mati lemas di malaysia

Kawasan Air Terjun
▪️ Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor
▪️ Sekayu, Terengganu
▪️ Lata Berembun, Raub, Pahang
▪️ Chamang, Bentong, Pahang

Kawasan Lombong/ Empangan
▪️ Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor
▪️ Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
▪️ Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor

Walaupun anda yakin boleh berenang, tetapi ingatlah malang tidak berbau. Seharusnya perlu berhati-hati melakukan aktiviti air walau di mana kawasan anda berada.

Sumber: KPKT Malaysia