Malaysia Di Tangga Ke-14 Paling ‘Instagrammable’ Di Dunia

Malaysia Ke-14 Paling Instagrammable Di Dunia

Malaysia semakin dikenali ramai pelancong luar negara kerana kaya dengan pelbagai tarikan unik dan menarik berkaitan budaya, yang mana tidak semua negara memiliki kepelbagaian budaya seperti kita.

Seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, pelbagai destinasi menarik yang boleh dikunjungi di sekitar tanah air ini yang mana kebanyakan tempat cukup ‘instagrammable’!

Hal ini turut diakui Big Seven Travel, sebuah laman sesawang berkaitan pelancongan yang meletakkan Malaysia dalam senarai 20 negara paling instagrammable di dunia.

Memiliki hampir setengah juta pengikut sosial, Big Seven Travel meletakkan Malaysia di tangga ke-14 daripada 50 buah negara paling fotogenik untuk diambil gambar.

Mana tidaknya, lihat sahaja dua gambar yang tular baru-baru ini dimuat naik dari Instagram rasmi Apple. Gambar yang menjadi perhatian Apple ialah pemandangan di Kampung Sahabat, Perlis dan Terengganu.

Menurut Big Seven Travel, tempat yang dikatakan fotogenik dan cukup instagrammable seperti pemandangan berlatarbelakangkan KLCC, Masjid Putra, Batu Caves dan sekitar Jalan Alor.

Malaysia Ke-14 Paling Instagrammable Di Dunia
Sumber: Big Seven Travel

Dalam senarai itu turut menempatkan Indonesia di tangga kelapan, Singapura di tangga kelima dan Australia berada di kedudukan pertama diikuti oleh Hong Kong dan UAE.

Sumber: Big Seven Travel