Ini 3 Idea Makanan Menggunakan Lebihan Nasi

Idea Makanan Lebihan Nasi

Biasa jika ada lebihan nasi semalam kita akan guna untuk masak nasi goreng. Kadang-kadang boleh bosan juga selalu masak nasi goreng dari lebihan nasi kan?

Apa kata cuba beberapa idea ini menggunakan lebihan nasi selain masak nasi goreng.

1. Bebola nasi

Idea Makanan Lebihan Nasi
Sumber: Niammy Food

Bahan-bahan:

Nasi
Lobak merah
Daun bawang, hiris halus
Bawang besar, cincang
Bawang putih, cincang kasar
Kecu mozarella
2 telur ayam
Serbuk roti
Tepung
Garam secukupnya

Cara memasak:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan lobak dan daun bawang, perasakan dengan garam.
2. Masukan nasi dan gaul sebati
3. Bentukkan nasi dan isikan potongan keju, kemudian bulatkan.
4. Celup bebola nasi ke dalam telur, kemudian sakut dengan tepung dan serbuk roti.
5. Simpan bebola nasi di dalam peti ais kira-kira 20 minit.
6. Goreng bebola nasi sehingaa masak. Hidangankan dengan sos tomato atau sambal.

2. Keropok nasi

Idea Makanan Lebihan Nasi
Sumber: Erza Izdhwan

Nasi
1 cawan tepung ubi kayu
3 ulas bawang putih
Pewarna merah, hijau dan kuning
1 sudu kecil garam

Cara memasak:

1. Tumbuk bawang putih bersama garam hingga lumat.
2. Masukkan nasi. Tumbuk lagi hingga nasi hancur. Masukkan nasi ditumbuk tadi ke dalam bekas.
3. Uli campuran nasi dengan tepung ubi. Uli rata.
4. Ambil adunan nasi sebanyak 2 sudu makan, letak di atas plastik dan uli memanjang. Ulang langkah sehingga adunan habis.
5. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh nasi tadi. Masak sehingga doh terapung. Angkat, toskan air dan biar doh menjadi kering.
6. Sapu pewarna pada doh tadi hingga rata. Tidak perlu menambah air pada pewarna. Biarkan kering sekali lagi.
7. Ambil doh dan hiris nipis. Jemur di bawah matahari sehingga kering. Jangka masa anggaran 1-2 hari bergantung kepada cuaca.
8. Setelah kepingan keropok kering, bolehlah digoreng dan dinikmati.

3. Cucur nasi

Idea Makanan Lebihan Nasi
Sumber: Resepi Malaysian

Bahan-bahan:

2 cawan nasi
Air
1 biji bawang besar
2 ulas bawnag putih
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis
Garam
1 biji cili merah dihiris

Cara memasak:

1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.

Selamat mencuba!