Ini Taktik Restoran Makanan Segera Yang Ramai Tidak Tahu

Taktik Restoran Makanan Segera
Sumber: The Malaysian Reserve

Ketika ini, persaingan perniagaan kulinari semakin sengit. Banyak kafe dan restoran muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di sekitar bandar.

Dengan keadaan seperti ini, restoran makanan segera seperti McDonald’s dan KFC perlu bersaing agar sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan.

Pernah terfikir tidak, walaupun banyak cawangan di seluruh negara, mereka masih mampu memperoleh keuntungan tinggi. Sudah tentu mereka ada trick yang tidak ketahui untuk menarik pelanggan.

BACA: Pernah Terfikir Mengapa Restoran Makanan Segera Guna Logo Warna Merah?

1. Menu edisi terhad

Taktik Restoran Makanan Segera
Sumber: KFC

Mengapa Mcdonald’s atau KFC sering mengeluarkan menu baharu? Ini disebakan menu edisi terhad membantu dua kali ganda penjualannya. Pastilah pelanggan tidak mahu melepaskan peluang membeli menu edisi terhad untuk merasai adakah benar-benar sedap seperti yang diiklankan atau tidak. Jadi, tidak mahu ketinggalan dengan menu itu, pelanggan pasti membelinya.

2. Promosi set murah

Taktik Restoran Makanan Segera
Sumber: KFC Malaysia

Alasannya mudah sahaja, supaya pelanggan datang membeli. Siapa yang tidak gembira jika melihat set 9 ketul ayam goreng berharga RM19.90?

Walaupun keuntungan jelas nampak sedikit jika dibandingkan dengan harga normal, tetapi apa yang mereka pentingkan adalah kedatangan pelanggan terlebih dahulu. Setelah pelanggan membuat pesanan dengan promosi set murah itu, mesti ada yang terasa mahu tambah menu lain kan?

3. Kekuatan imej buat anda teringin

Taktik Restoran Makanan Segera
Sumber: Loopme

Apabila pelanggan datang ke restoran untuk mencuba menu promo, mungkin ada yang ubah fikiran apabila melihat menu di depan pekerja restoran dan teringin membelinya. Jika diperhatikan betul-betul, menu yang lebih mahal dilihat sangat menarik berbanding menu promo.

Tambah lagi dengan harga kedua-dua menu tidak jauh berbeza, pasti akan ada yang ‘terperangkap’ dengan taktik itu.

4. “Nak tambah apa lagi?”

Taktik Restoran Makanan Segera
Sumber: McDonald’s PH

Selesai sahaja menyebut menu pesanan anda, pekerja restoran akan bertanya, “Ada nak tambah apa-apa lagi?”

Taktik ini biasa diguna penjual. Satu kajian pernah dibuat yang mana 85% orang memesan lebih daripada apa yang mereka mahukan apabila pekerja restoran mencadangkan supaya mereka menambah pesanan.

5. Kaut untung daripada minuman ringan

Taktik Restoran Makanan Segera
Sumber: Brand synario

Salah satu keuntungan terbesar mereka adalah daripada minuman ringan. Cara mudah untuk menjual minuman dalam kuantiti yang banyak adalah dengan menambahkan saiz minum tersebut.

Biasanya pelanggan akan memilih minuman bersaiz sederhana, tetapi akan ditawar seperti perlu tambah RM1 sahaja untuk tukar kepada saiz minuman lebih besar. Dan juga, jika anda tidak memberitahu saiz yang anda mahukan, biasanya akan diberikan saiz yang paling besar.

Jadi, anda sering menjadi ‘mangsa’ taktik mana?

Sumber: IDN Times