Ini 5 Negara Wajib Lawati Pada Tahun 2019

5 negara wajib lawati tahun 2019
Sumber: Aitken Spence Holidays

Tahun baharu berkait rapat dengan azam baharu, tetapi ramai dalam kalangan kita yang kecundang dalam melaksanakan azam tahun baharu. Walaupun azam tahun sebelum ini ada yang belum tercapai, anda boleh membawa azam tersebut ke tahun ini dan cuba lakukannya sehingga tercapai.

Ada bermacam-macam jenis azam tahun baharu. Antaranya termasuklah bercita-cita untuk menjejak kaki ke sesebuah negara yang kita impikan bukan? Jadi untuk mencapai impian itu, perlu membuat perancangn lebih awal bagi merasai pengalaman seumpamanya pada masa akan daatang.

Sudahkah ada perancangan untuk mengunjungi destinasi pelancongan sepanjang tahun baharu 2019? Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Lonely Planet, ini merupakan antara negara yang wajib anda lawati pada tahun 2019.

1. Belize

5 negara wajib lawati tahun 2019
Sumber: Oddviser

Belize antara lokasi eko-pelancongan dunia terbaharu di benua Amerika Tengah susulan rancangan kerajaan Belize untuk melindungi persekitaran marinnya yang unik. Banyak resort berasaskan ekologi ataupun eco-resorts yang dibangunkan dan memenuhi sepanjang persisiran pantai serta kawasan perhutanan.

Antara lokasi popular di Belize ialah lubang benam sedalam 124 meter iaitu Blue Hole Natural Monument yang paling ‘digeruni’ peminat aktiviti selam. Selain itu, lawatan ke Belize tidak lengkap tanpa melihat tinggalan runtuhan Maya terutamanya di Gua Actun Tunichil Muknal (ATM) yang mana anda boleh mengikuti lawatan tertentu.

Bagi sesiapa yang hendak bercuti ke Belize, digalakkan memulakan pengembaraan di bandar Belize dan menaiki bot ke Caye Caulker yang lebih santai dan sesuai untuk aktiviti menyelam. Selain menyelam, pelancong juga disyorkan mencuba aktiviti mendaki di Cockscomb Basin Wildfire Sanctuary dan anda dapat melihat kelompok jaguar di sana.

2. Indonesia

5 negara wajib lawati tahun 2019
Sumber: CruiseMapper

Indonesia merupakan antara lokasi yag paling digemari oleh rakyat Malaysia. Selain Jakarta dan Bali yang menjadi lokasi paling banyak dilawati pelancong, Lombok, Jogjakarta dan Papua Barat juga antara yang menarik untuk dikunjungi.

Pengunjung disyorkan memulakan perjalanan dari Sumatera Barat untuk melihat Taman Negara Gunung Leusur, kemudian ke Jogjakarta hingga ke Gunung Rinjani di Lombok, pantai di Bali dan akhirnya di Taman Negara Komodo.

Antara lokasi yang kurang diketahui orang ramai ialah kepulauan Raja Ampat di Papua Barat yang sesuai bagi peminat ekologi dan biodiversiti marin. Pelancong juga harus melawat Pulau Komodo, terutamanya bagi peminat menyelam skuba yang ingin melihat ikan paus manta sebelum berdepan dengan biawak komodo di Taman Negara Komodo.

3. Jordan

5 negara wajib lawati tahun 2019
Sumber: BookMundi

Dengan pelancaran Jordan Pass, Jordan menawarkan visa percuma dan akses kepada lokasi utama seperti Petra serta pakej jejak basikal di Jejak Jordan dan safari padang pasir di Shaumari Wildlife Reserve. Peminat sukan lasak juga dapat mencuba aktiviti memanjat batu, meneroka gaung dan terpaung di Laut Mati.

Antara lokasi wajib dilawati ketika di Jordan semestinya bandar kuno Petra yang dipenuhi tinggalan monumen dan binaan yang dipercayai dari tahun 9,000 Sebelum Masihi. Pelancong juga disyorkan membuat lawatan ke Laut Mati untuk pengalaman terapung di dalam airnya yang merupakan ketujuh paling masin di dunia.

4. Sri Lanka

5 negara wajib lawati tahun 2019
Sumber: Vista Rooms

Sri Lanka juga tersenarai sebagai negara yang wajib dilawati untuk tahun 2019. Sistem pengangkutannya yang baru sahaja diperbaiki memudahkan perjalanan dari satu bandar ke banda lain dengan panorama yang cukup memukau.

Anda disarankan untuk menaiki kereta api melalui perkebunan teh dari bandar Kandy ke Ella untuk menikmati antara salah satu pemandangan perjalanan kereta api yang terindah di dunia. Juga sudah bnyak hotel dan restoran yang dibangunkan di sekitar kawasan tersebut untuk memuaskan permintaan pelawat yang semakin meninggi.

Bagi anda yag suka aktiviti bersantai dan aktiviti lasak, Sri Lanka adalah lokasi terbaik untuk anda lawati. Kekayaan budaya Sri Lanka dapat dilihat di Cultural Triangle yang berpusat di tengah-tengah bandar yang mana monumen Buddha purba dapat dilihat hampir setiap sudut.

5. Krgyztan

5 negara wajib lawati tahun 2019
Sumber: AKIpress News Agency

Selalunya jika mahu melihat pemandangan gunung-ganang menghijau orang akan menyebut tentang Kashmir. Sebenarnya, Krgyztan yang dipenuhi gunung-ganang itu antara rahsia yang paling lama disimpan oleh pendaki fanatik.

Negara itu terletak di Asia Tengah dan menyebelahi kelompok negara Stan lain seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Tajikistan. Bagi pendaki, sesuai melawat antara salah satu daripada 88 banjaran gunung negara itu, terutamanya negara banjaran gunung Pamir-Alay dan Tien-Shan yang dikatakan antara yang paling mengagumkan di dunia.

Pengunjung juga disyorkan menunggang kuda atau menginap sekurang-kurangnya satu malam di khemah tradisional ‘yurt’ yang menghadap kawasan pergunungan. Selain itu, pelancong Muslim juga mudah cari makanan halal di kota Bishkek yang mana majoriti penduduknya beragama Islam.

Manakala untuk mencari pelbagai jenis cenderahati murah dan istimewa, pengunjung boleh ke bazar yang terletak di bandar Osh.

TONTON: 5 Makanan Termahal Di Dunia

SUBSCRIBE: YouTube MakanLena

Sumber: Astro Awani