Tip Persediaan Bercuti Di Kawasan Gunung Berapi

Gunung Berapi

Status gunung berapi Anak Krakatau yang meletus pada 29 Disember 2018 telah dinaikkan ke tahap 3, iaitu yang kedua tertinggi di Indonesia awal pagi tadi.

Amaran dikeluarkan selepas berlakunya letusan dan semburan lava pijar warna merah di sebuah gunung Cilegon yang menyebabkan aktiviti pembentukan awan panas.

Letusan yang turut menjadi punca kejadian tsunami di Selat Sunda, Indonesia bukan sahaja menyebabkan kematian, tetapi juga telah merencatkan aktiviti harian penduduk beradius 5km selain daripada pelencongan pesawat penerbangan yang menuju ke Pulau Jawa.

Posted by Mohd Firdaus Razak on Monday, December 31, 2018

Walaupun kawasan letusan berapi memang diketahui tahap bahayanya kerana boleh meletus tanpa tanda awal, tetapi kenapa masih ramai yang mengunjungi kawasan berkenaan?

1. Melihat kejadian gaiser; air pancut panas yang memancut dari kawasan bawah tanah.

2. Menyaksikan kesan kejadian letusan gunung berapi secara dekat.

3. Melihat aktiviti kebudayaan dan keagamaan penempatan yang percaya bahawa gunung berapi merupakan tempat tinggal dewa sembahan nenek moyang mereka.

Gunung Berapi
Sumber: Suara Merdeka

Kalau anda jenis sukakan cabaran, di sini kami ada senaraikan beberapa langkah keselamatan yang boleh anda amalkan sebagai langkah persediaan:

Sebelum (lebih kepada bawa barangan):

1. Lampu suluh dan bateri tambahan sekiranya bekalan elektrik putus.

2. Kit pertolongan cemas.

3. Topeng muka yang tebal; boleh halang partikel bahaya dari masuk ke rongga pernafasan.

4. Radio yang menggunakan bateri bagi memudahkan anda mengetahui keadaan semasa yang berlaku.

Semasa:

1. Jauhi kawasan kejadian seperti lereng gunung, lembah dan kawasan aliran lava serta laluan angin yang bertiup dari gunung berapi.

2. Gunakan cermin mata dan hindari daripada memakai contact lens.

3. Pakai kain penutup mulut dan hidung serta pakaian yang menutup tubuh; baju lengan panjang, seluar panjang dan topi.

Selepas:

1. Jauhi kawasan terkena hujan abu kerana abu volkano mempunyai partikel-partikel bahaya antaranya boleh merosakkan paru-paru dan sistem kenderaan.

Gunung Berapi
Sumber: USA Today

Tidak hanya berlaku di Indonesia, gempa bumi yang berlaku akibat daripada letusan Gunung Etna di Rom telah menyebabkan kecederaan kira-kira 28 orang di kawasan utara Catania dan beberapa kerosakan lain.

Di Filipina pula, Gunung Mayon yang paling aktif telah memuntahkan abu putih setinggi 500 hingga 600 meter dari paras atas kawah sehingga menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kemungkinan akan berlaku letusan secara tiba-tiba.

Buat anda yang merancang ke kawasan-kawasan berkenaan, dinasihatkan agar menangguhkan dahulu rancangan anda buat sementara waktu atas faktor keselamatan. Daripada anda mengambil risiko melawat kawasan gunung berapi yang sedang rancak meletus sekarang, apa kata anda lawat tempat alam semulajadi yang terdapat di Malaysia seperti paparan video di bawah.

TONTON: 5 Tempat Alam Semula Jadi Unik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

SUBSCRIBE: YouTube MakanLena

Sumber: Hello Sehat