4 Syarat Mohon Visa ‘Travel’ Sambil Kerja Di New Zealand Untuk Tahun 2019

visa travel sambil kerja New Zealand
Sumber: Beanies and Bikinis

Travel sambil bekerja adalah peluang yang baik untuk anak-anak muda memenuhi waktu rehat mereka sebelum betul-betul mencari pekerjaan tetap sambil menjana duit poket dan melancong. New Zealand akan membuka permohonan working holiday visa untuk tahun 2019 kepada rakyat Malaysia bermula 23 Januari 2019 pada jam 10 pagi (waktu New Zealand), bersamaan jam 5 pagi waktu Malaysia.

visa travel sambil kerja New Zealand
Sumber: Travellers Autobarn

Menurut laman sesawang rasmi Imigresen New Zealand, bagi sesiapa yang ingin memohon visa travel sambil bekerja tersebut perlulah bekerja selama 6 bulan atau ke atas di sana. Walau bagaimanapun, pemohon mesti mempunyai simpanan awal sekurang-kurangnya NZ$2,250 (RM6,100) untuk pembiayaan penginapan.

Berikut merupakan beberapa kriteria yang perlu anda ikuti untuk memenuhi syarat permohonan visa tersebut:

1. Anda mestilah berumur di antara 18 hingga 30 tahun.
2. Tidak boleh mencari pekerjaan tetap di sana.
3. Bagi yang sudah berkeluarga, tidak boleh membawa anak anda bersama
4. Memerlukan visa berasingan jika pergi secara berpasangan

Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran NZ$208 (lebih kurang RM860) yang mana anda boleh membayarnya melalui kad kredit atau kad debit. Permohonan akan diproses dalam masa 21 hari dan akan dihubungi melalui e-mel.

Anda dinasihatkan mengumpul semua dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan sebagai bukti pengesahan. Untuk pengetahuan anda, kuota bagi working holiday visa untuk rakyat Malaysia terhad kepada 1,150 orang untuk setahun.

Jadi bagi sesiapa yang sudah lama merancang mencari pekerjaan sambil travel, kenapa tidak cuba untuk tahun ini? Untuk maklumat lanjut tentang permohonan ini, anda boleh pergi ke pautan ini.

Sumber: World Of Buzz