Sambutan Tahun Baharu 8 Pengunjung Taman Tema Bertukar Tragedi, Terapung Di Udara

Tragedi Tahun Baru

Sambutan tahun baru 2019 pada awalnya dipenuhi dengan kegembiraan bertukar menjadi tragedi yang paling tidak dapat dilupakan oleh 8 pengunjung taman tema di bandar Breton, Rennes.

Salah satu permainan yang dikenali sebagai BomberMaxxx di taman tema terbabit secara tiba-tiba tidak berfungsi menyebabkan mereka terperangkap dan terapung di ruang udara setinggi 52 meter.

Tragedi Tahun Baru
Sumber: The Guardian

Kegagalan fungsi permainan tersebut untuk turun ke bawah telah mengeluarkan percikan api dan bunyi bising geseran logam yang menakutkan.

Disebabkan tangga pihak bomba penyelamat tidak cukup tinggi untuk aktiviti menyelamat mangsa, mereka terpaksa mendapatkan bantuan keselamatan menggunakan helikopter.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat. Mangsa yang paling awal diselamatkan adalah sebelum tengah malam dan operasi menyelamat berakhir pada jam 6 pagi waktu tempatan.

Pemilik BomberMaxxx, Alexandre Thiel berkata bahagian yang rosak menghalang permainan tersebut untuk turun tetapi tidak membahayakan penumpang yang berada di dalam.

Mangsa rata-ratanya menyatakan bahawa peristiwa tersebut telah meninggalkan kesan traumatik kepada mereka kerana tempoh masa sebelum diselamatkan adalah yang paling menakutkan dan panjang.

Ada juga di antara mereka sudah menetapkan sambutan tahun baru pada tahun hadapan akan disambut di rumah dengan hidangan champagne dan biskut sahaja; kerana terlalu trauma.

Sumber: BBC