Ini Sebab Mengapa Gold Coast Destinasi Terbaik Bagi Pengunjung Muslim

Gold Coast pelancongan Muslim
Sumber: Qantas

Gold Coast (bukan Gold Coast di Morib) antara destinasi percutian yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana beberapa tarikan taman tema yang menarik di sana. Lokasi pelancongan ini merupakan kawasan bandar berpantai yang terletak dalam kawasan selatan timur Queensland dan juga terletak di bahagian timur Australia.

Mungkin tidak berapa terkenal dengan pra-dominasi populasi muslim di Gold Coast seperti bandar-bandar lain di luar negara seperti Hong Kong dan Macau. Namun, di bandar Gold Cost inilah antara destinasi para pelancong muslim mendapatkan kemudahan Halal.

Terkenal dengan bandar musim sejuk separa dingin dan suam, musim panas lembap yang sesuai untuk sebarang aktiviti penjelajahan. Antara aktiviti yang disediakan khusus buat pelancong bercuti bersama keluarga dan rakan seperti Warner Bros Movie World, Dream World, Sea World dan Wet ‘n’ Wild.

Gold Coast pelancongan Muslim
Sumber: Remote Traveler

Banyak restoran halal di sekitar Gold Coast

Lepas berseronok dengan taman tema yang mengujakan dan mendebarkan, pastilah mahu berehat untuk mengisi kelaparan. Tidak usah risau membawa bekal sendiri dari Malaysia, anda boleh menikmati makanan halal di taman tema Warner Bros Movie World ini.

Populasi warga Muslim yang bercambah di sana, memudahkan pelancong muslim mencari restoran halal. Nak tahu betul halal atau tidak, cari logo halal yang disahkan penguatkuasa halal di bandar tersebut.

Anda akan temui pelbagai restoran halal bercirikan Lebanon, India, Cina dan Thai yang menawarkan makanan kepada pelancong-pelancong Muslim dan juga warga tempatan. Antaranya Shiraz Authentic Persian Restaurant, Baha’s Grill Kebab and Pizza dan kalau lidah Melayu, pergi ke mana-mana tetap tidak boleh terima makanan luar, anda boleh ke Golden Legends Malaysian Restaurant.

Gold Coast pelancongan Muslim
Sumber: The Fork

Berada di Gold Coast mestilah mahu menjamah hidangan makanan laut yang segar di sana bukan? Anda boleh ke Charis Seafood untuk menikmati makanan laut seperti udang, ketam, tiram serta sashimi.

Di restoran ini, pengunjung bebas menikmati makanan yang dipesan sekitar restoran. Jadi, anda nak makan terbaring ke, makan sambil lompat ke semua boleh asalkan tidak keterlaluan. Ya lah, sebagai Muslim perlulah tunjuk contoh perilaku yang baik kan?

Gold Coast pelancongan Muslim
Sumber: The Weekend Edition

Selain itu, di sana terdapat juga pelbagai makanan yang disediakan Muslim di kaki lima seperti Food Truck.

Kemudahan kawasan solat di pusat membeli-belah

Gold Coast memiliki lebih 10 pusat membeli-belah terkenal dan 5 daripadanya adalah yang terbesar di Asutralia. Selain menawarkan restoran mesra Muslim, pusat membeli-belah juga dilengkapi dengan kemudahan kawasan solat.

Antara pusat beli belah terkemuka di sana ialah Pacific Fair dan Harbour Town Shopping Centre. Di sana, terdapat pasar-pasar persisiran pantai yang sentiasa sesak terutama pada hujung minggu.

Gold Coast pelancongan Muslim
Sumber: Gold Coast Bulletin

Anda boleh berkunjung ke Gold Coast Islamic Centre yang terletak di Arundel; menempatkan sebuah masjid dan surau yang mempunyai kelas pengajian lima kali seminggu. Juga terdapat beberapa buah masjid lain di sekitar termasuk Masjid Gold Coast, yang mudah untuk anda kunjungi.

Gold Coast pelancongan Muslim
Sumber: Gold Coast Bulletin

Gunakan Kad GOExplore (AUD10) untuk penjelajahan menaiki bas dan trem tanpa had setiap hari di sana. Perkhidmatan trem dan bas ini juga menghubungkan anda dengan pusat beli-belah dan semua taman tema utama yang nyata memudahkan pergerakan anda saat bercuti selain menjimatkan.

Kemudahan yang disediakan di bandar keenam terbesar Australia dan pelbagai kawasan tarikan pelancongan yang menarik menjadikannya antara destinasi pelancongan mesra Muslim. Siapa yang belum masukkan Gold Coast antara destinasi pelancongan wajib pergi, bolehlah pertimbangkannya sekarang.

Sumber: Melancong, Harian Metro

 

Ada pernah cuba? Tonton

5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia

dan jangan lupa subscribe di Youtube MakanLena.

5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia

Jom saksikan antara 5 makanan jalanan yang terkenal di dunia. Ada yang pernah cuba?

Posted by MakanLena on Monday, December 31, 2018