Benarkah Sos Keju Itu Keju?

sos keju
Sumber: Youtube

Makanan yang dicampurkan dengan sos keju telah menjadi trend dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengusahakan premis makanan. Banyak menu yang dicampurkan dengan sos keju bagai cendawan tumbuh selepas hujan sebagai ‘pelaris’ untuk menarik minat pelanggan.

Mana tidaknya? Apabila menu baharu yang dicampur sos keju, sering menjadi perhatian orang ramai untuk mencubanya. Siapa sahaja boleh tolak rasa sos keju yang memang enak dan berlemak kan?

Pada awalnya, kegilaan rakyat Malaysia terhadap sos keju ini bermula dari menu KFC cheesy wedges yang telah lama diperkenalkan dan menjadi trend menghasikan ramuan seperti sos keju ini.

Sehinggakan makanan yang sepatutnya dijamu secara sihat, contohnya roti nan telah bertukar menjadi makanan sebaliknya selepas ditambah keju. Persoalannya, adakah benar sos keju ini mengandungi bahan keju?

sos keju
Sumber: Discover KL

Public Health Malaysia berkongsi satu kenyataan di laman rasmi akaun Facebook, menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sos keju ini diperbuat daripada bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa, garam, gula dan Maltodextrin.

Maltodextrin ini bahan apa pula?

Merupakan bahan yang berfungsi sebagai pemekat dan menambah jumlah makanan proses. Tetapi, yang membimbangkan tentang bahan ini ialah ia mengandungi glycemic index yang cukup tinggi. Bermaksud, selepas makan bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.

Sudahlah memang bahan mengandungi perasa, garam dan gula, ditambahnya lagi bahan yang menaikkan paras gula dalam badan. Memang ‘parah’ jika ambil berlebihan dan sangat tidak sesuai untuk pesakit kencing manis.

Bagi individu sihat pula, jangan ingat anda boleh melantak macam biasa. Nanti berisiko mendapat penyakit kencing manis di masa hadapan. Makanan sedap apa sahaja yang sihat kan?

Lagi pun, jika ada orang claim sos kejunya diperbuat daripada 100% keju dan harganya tidak mahal, janganlah anda percaya. Keju yang dijual di pasaraya pun mahal, apa tah lagi yang claim guna 100% keju.

‘Cheese Bedebah’!

Sumber: Public Health Malaysia

 

Daripada selalu makan di luar, cuba masak ikut resipi unik ini. Tonton

5 resipi unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Resepi Unik Adamdidam

Ini kompilasi 5 resepi unik finalis Hero Oven musim kedua. Macam sedap betul…

Posted by MakanLena on Friday, January 18, 2019