5 Jenis Makanan Kontrovesi Malaysia Yang Sering Dituntut Hak Oleh Indonesia

Sumber: Trip Canvas

Isu perdebatan tuntutan makanan antara Indonesia dengan Malaysia bukan lagi satu perkara asing dalam masyarakat bagi kedua-dua buah negara ini. Tinggal secara berdekatan, terlalu banyak persamaan yang dikongsi terutamanya dari aspek budaya dan makanan.

“Semua benda pun nak claim.”

Seringkali kedengaran atau kelihatan ayat ini dikeluarkan oleh rakyat Malaysia kepada Indonesia kerana sikap mereka yang terlampau suka menuntut sesuatu yang haknya dimiliki bersama, sehinggakan terlalu banyak meme dicipta bagi menggambarkannya.

Di sini kami senaraikan lima jenis makanan yang pernah diclaim Indonesia sebagai miliknya.

1. Rendang

Pernah dinobatkan CNN sebagai makanan terbaik pada tahun 2017, rendang menjadi hidangan tradisi masyarakat Melayu pada hari raya. Azhar Alias, seorang sous chef pernah menyatakan bahawa pada asalnya rendang merupakan hidangan dari Padang.

Namun berlaku perpindahan orang Minang ke kawasan pantai barat (kini dikenali sebagai Negeri Sembilan, Malaysia) pada abad ke-15 yang turut membawa sekali hidangan ini yang kemudiannya di olah rasa dan cara masakan mengikut selera tempatan.

Menjadi simbol penyatuan keluarga dan komuniti, hidangan rendang kebiasaannya dimasak untuk majlis-majlis yang dihadiri ramai orang seperti kenduri. Aktiviti gotong royong yang terjalin semasa memasak rendang ini dilihat sebagai salah satu aktiviti berbentuk komuniti yang mempu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat.

Peluang-usaha-rendang-jengkol-dan-analisa-usahanya-750×380
Sumber: Bumburesto

2. Apam balik

Dikenali sebagai murtabak manis di Indonesia, makanan ini turut dikenali dengan nama terang bulan. Seringkali terlihat dijual di kawasan jalanan negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, rasanya yang manis boleh menyebabkan ketagihan untuk makan.

Seringkali dimakan sebagai hidangan petang, salah satu artikel Berita Harian menyatakan asal usul apam balik adalah dari Belanda. Ketika itu pegawai Belanda di Indonesia menjualnya di Bali dengan nama ‘lekker’.

Jadi mahu katakan origin apam balik ini dari Belanda atau Indonesia?

SSWF-ApamBalik
Sumber: The Daily Meal

3. Roti canai

Makanan rutin yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sewaktu sarapan ini turut dituntut mereka. Sedangkan pada hakikatnya, roti canai ini milik orang India. Sering dihidangkan di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura, nama roti canai dikatakan berasal dari kawasan Chennai, India.

Mungkin originnya dari situ, perkataan Chennai kemudiannya menjadi canai. Dihidangkan bersama kuah kari atau dal, roti canai ini kemudiannya dipelbagaikan inovasinya menjadi roti planta, roti milo, roti kaya dan sebagainya.

Orang Indonesia ni tidak kesian ke pada roti canai yang tiba-tiba jadi mangsa keadaan tututan mereka?

Roti-canai
Sumber: Kuali

4. Martabak

Menurut sumber Wikipedia, martabak ini sebenarnya berasal dari Yaman yang pada dahulunya mempunyai populasi orang India yang ramai. Mula dibawa ke Asia Tenggara oleh seorang Muslim Tamil, martabak dirujuk sebagai murtabak, iaitu pankek yang berlapis-lapis dari Kerala (masyarakat menggelar pak cik di Kerala sebagai mamak).

Dibawa luas ke negara-negara lain seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand, martabak dalam Bahasa Arab membawa maksud ‘berlipat’ yang mana dalam lipatan itu diletakkan pelbagai inti mengikut citarasa masyarakat tempatan. Dikenali sebagai makanan jalanan terkenal di negara-negara tersebut, martabak Malaysia dihidangkan dengan bancuhan sirap bawang dan kuah kari.

Orang Yaman tak sibuk pun nak claim kata martabak tu mereka punya, yang Indonesia nak lebih-lebih ni dah kenapa?

3B8D358885DBA44AAFC477lv
Sumber: Open Rice

5. Nasi lemak

Sudah terang-terangan nasi lemak ditulis berasal dari Malaysia di Wikipedia, masih lagi Indonesia mahu claim ini makanan mereka. Paling tidak menahan, mahu dituntut di UNESCO pula.

Dihidangkan bersama nasi yang dimasak bersama santan, sedikit ikan bilis goreng, timun, telur dan sambal tambah pula kalau dibungkus dalam daun pisang memang lazat tidak terkata.

Ya, kami rakyat Malaysia tahu sekali makan nasi lemak memang boleh bawa ke mimpi. Tapi jangan pula sampai mahu dituntut sebagai hak sendiri pula. Lagi-lagi kalau tambah lauk seperti sotong, lagi umpphh rasa nasi lemak tersebut.

Done claim!

nasi-lemak
Sumber: Culture Trip

Dalam satu laman web Indonesia yang dikenali sebagai Viva, anda boleh lihat senarai 100 hidangan makanan yang mahu dituntut oleh mereka. Memang tak masuk akal.

“Kalau jerebu dari pembakaran hutan di Indonesia yang merebak ke Malaysia itu pandai pula mereka kata ujian dari Tuhan. Kenapa tidak mereka claim sekali?”

Nasi Ayam Penyet yang banyak dijual di Malaysia pun kita tidak claim sebagai makanan Malaysia. Mengapa perlu ada budaya tuntutan sebegini? Kata negara serumpun, pastilah banyak persamaan yang akan dijumpai. Kalau mahu claim, sampai ‘kiamat’ pun tidak akan habis, bukan?

Kalau benar mahu tuntut, jom buat tuntutan hak dengan nama negara bersama. Barulah adil dan saksama. Iyalah, kata serumpun kan.

Pesanan: Jangan pula insiden baling najis pada tahun 2010 di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia berulang sudahlah. Buat malu pada dunia sahaja nanti.

Dari layan sketsa drama tuntutan hak Indonesia, baik tengok paparan video di bawah ini.

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Termuntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

Muzium macam ni pun ada?

Posted by MakanLena on Monday, January 21, 2019