Perlu Tidak ‘Sugar Treat’ Untuk Anak?

Sumber: India Today

Ada sesetengah ibu bapa yang gemar menjadikan makanan tinggi kandungan gula sebagai penghargaan kepada anak-anak mereka. Atuk dan nenek pula gembira melihat riak wajah gembira cucu mereka jika diberikan manisan.

Tanpa sedar, pengambilan gula kanak-kanak menjadi tidak terkawal dan melebihi kuantiti keperluan mereka. Kuantiti yang disarankan oleh seorang doktor di Persatuan Jantung Amerika (AHA) ialah kurang daripada 25 gram iaitu bersamaan dengan 6 sudu teh bagi kanak-kanak berusia dua hingga 18 tahun.

Untuk mereka di bawah umur dua tahun sepatutnya tidak langsung diberikan gula sebaliknya lebihkan makanan sihat seperti sayuran, buah-buahan, produk susu rendah lemak dan gandum untuk kesihatan mereka.

Sugar treat
Sumber: Half Nut

Pernah atau tidak kita sedar bahawa pengambilan berlebihan pada kanak-kanak akan membawa banyak masalah pada kesihatan mereka. Antaranya:

1. Batuk dan alahan

Hidung berair, hingus berlebihan, batuk dan beberapa simptom jangkitan pada saluran sinus. Ada kanak-kanak yang diagnose dengan penyakit alahan tanpa memerlukan pemeriksaan secara formal hanya kerana kuantiti gula berlebihan yang diambil mereka.

2. Imun badan semakin lemah

Apabila terlalu banyak kandungan gula yang diambil, pengimbangan fungsi bakteria baik dan jahat telah berubah dan boleh melemahkan sistem imun mereka. Sistem imun ini boleh dipertingkatkan dengan mengimbangi kembali pengambilan gula dengan pemakanan yang seimbang.

Sugar Treat
Sumber: working Mother

3. Masalah perilaku

Kanak-kanak yang tinggi kandungan gula akan lebih mudah terganggu dan ekstra cergas. Bukan hanya itu, kandungan gula juga mampu menjadikan kanak-kanak mempunyai masalah perilaku yang lain seperti memberontak, sukar tidur dan depresi. Konklusi kajian terhadap 137,000 kanak-kanak antara umur 11 hingga 15 tahun di negara Eropah yang terlibat dalam kes buli salah satunya adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Dengan kesan-kesan di atas, anda masih lagi mahu berikan sugar treat kepada anak-anak anda?

Pernah tahu tak kewujudan hotel bawah tanah yang terdapat di China? Jom tengok apa yang menariknya hotel bawah tanah ini.

7 Fakta Menarik Hotel Bawah Tanah Pertama Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Fakta Menarik Hotel Bawah Tanah Pertama Di Dunia

Power betul China ni. Semua benda pelik-pelik boleh kat dia!

Posted by MakanLena on Monday, January 14, 2019