Benarkah Ganja Mampu Meransang Saraf Otak?

ganja rangsang saraf otak
Sumber: The Motley Fool

Awal tahun 2019, kita dikhabarkan bahawa kerajaan Thailand memutuskan untuk mengizinkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan dan penyelidikan di negara itu. Dengan pengumuman itu, Thailand muncul sebagai negara pertama ASEAN yang membenarkannya secara sah di sisi undang-undang.

Manakala Malaysia bersama negara-negara jiran lain termasuk Singapura dan Indonesia masih mengenakan undang-undang yang boleh membawa hukuman mati jika melakukan kesalahan. Di negara barat, beberapa negara sudah membenarkan penggunaan ganja dan ada juga ganja dijadikan sebagai makanan seperti di Restoran Shibumi di Los Angeles, menyediakan menu daun ganja tempura.

ganja rangsang saraf otak
Sumber: Canniseur

Baru-baru ini, kajian penyelidikan daripada penyelidik Neurosains Universiti Putra Malaysia mendapati penggunaan ganja atau marijuana boleh dimanfaatkan dalam bidang perubatan. Antaranya mampu merangsang pembentukan saraf otak yang sudah mati.

Menurut ketua penyelidikan, Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas, ganja pada dos rendah boleh memberi kebaikan daripada sudut kesihatan tetapi mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil melebihi 2mg/kg.

Penyelidikan tersebut telah dijalankan sejak dua tahun lalu membabitkan empat kumpulan tikus. Hasil penyelidikan menunjukkan suntikan yang menerima dos serendah 1mg/kg memberikan tanda positif pertumbuhan neuron baharu manakala yang menerima suntikan dos 2mg/kg menunjukkan hasil sebaliknya.

ganja rangsang saraf otak
Sumber: Lifehacker Australia

Ini menunjukkan penggunaan ganja bermanfaat dalam merawat penyakit berkaitan sel saraf otak seperti alzheimer atau nyanyuk. Melalui kajian ini, ganja pada dos kecil berupaya merangsang pertumbuhan neuron baharu di dalam otak.

“Kajian mendapati, kanabis boleh meningkatkan neurogenesis iaitu merangsang pertumbuhan neuron pada tikus normal berdasarkan petunjuk protein di dalam otak selepas diberikan suntikan pada dos tertentu.”

Meskipun begitu, Dr Mohamad Aris berkata bahan aktif dalam ganja, Tetrahidrokannabinol (THC) boleh menyebabkan halusinasi, merubah pemikiran dan delusi tetapi jumlah dimasukkan ke dalam ubat adalah rendah dan digabungkan dengan Kannabidiol (CBD) yang tidak menyebabkan khayal.

Beliau juga berharap, kerajaan perlu melihat kembali dan memberi akses geran penyelidikan yang lebih meluas agar penggunaan ganja dalam merawat penyakit tertentu dapat dieksploitasi.

Apa yang boleh disimpulkan, ganja juga mempunyai kebaikannya tersendiri jika menggunakannya mengikut kadar yang dibenarkan. Tidak perlu pun tanaman pokok ganja diperluaskan, hanya perlu badan-badan tertentu yang mengawal penggunaan ganja.

Sumber: Berita Harian

 

Jom terliur sama-sama tengok masakan chef ini, tonton

7 masakan unik berasaskan daging oleh Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Masakan Unik Berasakan Daging Oleh Chef Burak

Allahu hedapheee…. mehitik hair yur nii…

Posted by MakanLena on Tuesday, January 22, 2019