Perhentian Bas ‘Mira Filzah Was Here’ Alor Gajah Jadi Trending

Apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon wanita popular, Mira Filzah sentiasa mendapat perhatian netizen gara-gara drama bersiri Pujaan Hati Kanda yang baru sahaja berakhir pada 28 Januari menjadi trending di laman sosial.

Hantaran gambar lama Mira Filzah di satu perhentian bas Alor Gajah pada 10 Januari lalu kini semakin menjadi perhatian ramai sehingga menjadi ikutan pengguna laman sosial.

Bukan itu sahaja, malah Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka turut mengambil kesempatan tersebut bagi mempromosikan negeri Melaka kepada rakyat Malaysia.

BUS STOP VIRAL ALOR GAJAHJangan korang tak tau, bus stop di Alor Gajah ni tetiba jadi popular. Nak tau sebab apa….

Posted by Tourism Melaka on Sunday, January 13, 2019

Perhentian bas yang dahulunya terbiar kini semakin cantik selepas dibaik pulih ditambah pula dengan perletakan papan tanda ‘Mira Filzah Was Here’ sebagai salah satu pengabadian kenangan pelakon wanita cantik itu pernah berada di situ.

Mira Filzah

Terima kasih kepada team Majlis Perbandaran Alor Gajah yang membantu Tourism Melaka mencantikkan bus stop "Mira Filzah"…

Posted by Tourism Melaka on Friday, January 25, 2019

Kreatif dan bijak dalam menggunakan peluang yang ada, Majlis Perbandaran Alor Gajah, tanda pagar #thisAlorGajah dan #visitMelaka2019 menjadi trademark dalam hantaran gambar pengguna yang bergambar di sini.

Melihat fenomena yang dicetuskan oleh Mira Filzah, apa kata kalau pihak yang berkenaan upah beliau bagi mempromosikan kawasan pelancongan yang kurang mendapat perhatian rakyat Malaysia. Mesti kawasan tersebut jadi tidak sendu lagi kan?

Makanan apa yang jadi kegilaan rakyat Malaysia ya? Kami sediakan sudah list mengikut negeri dalam paparan video di bawah ini.

9 Antara Makanan Kegilaan Rakyat Malaysia Mengikut Negeri

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

9 Antara Makanan Kegilaan Rakyat Malaysia Mengikut Negeri

Mengikut sumber kami, inilah makanan kegilaan mengikut negeri. Setuju?

Posted by MakanLena on Thursday, January 10, 2019