Gara-Gara BTS, Adik Luah Hasrat Nak Cuba Makan Daging Khinzir

Sumber: South China Morning Post

Populariti kumpulan Korea Selatan, BTS memang tidak dapat disangkal lagi. Mula debut pada 2013, pada 2016 BTS memecahkan rekod sebagai kumpulan dari Korea Selatan yang berjaya menduduki tempat pertama Billbord di Social 50 Chart selain daripada memenangi Top Social Artist Award (2017).

Menjadi duta UNICEF dan memberikan ucapan di United Nations, BTS juga merupakan kumpulan Korea Selatan yang pertama dijemput sebagai artis bagi menyampaikan anugerah di 61st Grammy Awards 2019.

BTS
Sumber: Celebmix

Memanggil peminat mereka sebagai ARMY (Adorable Representative MC for Youth) yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat Korea Selatan, kejayaan, bakat dan visual BTS menjadi salah satu pemacu kepada peningkatan jumlah peminatnya di peringkat global.

Turut mendapat perhatian artis Hollywood terkenal seperti Nicki Minaj, lagu Fake Love mereka berjaya menandingi kejayaan Gangnam Style sebagai lagu yang paling banyak distreaming di Spotify.

Bakat dan visual BTS ini menyebabkan ada di antara peminat mereka menjadi fanatik sehingga apa yang BTS lakukan turut mahu diikuti; adakalanya terlihat melebih-lebih sehingga melanggar norma agama dan bangsa.

Seorang tweetfamous, Anep telah berkongsi satu perkongsian daripada anonymous tentang adik perempuannya yang dirasakan terlalu obses dengan kumpulan BTS sehingga kesemua maklumat mengenai kumpulan dari Korea Selatan ini diketahuinya.

BTS

Bukan itu sahaja, obses adik perempuan anonymous yang dikenali sebagai Fa ini sanggup bercakap dengan bantal BTS sehinggakan Fa pernah meluahkan hasrat untuk makan daging khinzir seperti BTS.

Daging khinzir merupakan makanan yang paling popular di Korea kerana masyarakat Korea percaya bahawa dengan makan daging tersebut, jantung mereka dapat menyah toksin udara tercemar yang dihidu selain daripada boleh menyembuhkan Alzheimer, kulit lebih sihat dan meningkatkan tumbesaran.

Mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Twitter, rata-rata mereka memberikan komen-komen dan mengutarakan pendapat masing-masing terhadap isu ini.

Komen daripada pihak kami pula, nak minat tu tidak salah. Yang paling penting sentiasa ingat dan tahu di mana garis batasannya. Jangan pula sampai melanggar norma agama dan masyarakat.

Lelehan keju itu seperti melelehnya air liurku.

Beb Stone Oven Pizza

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Beb Stone Oven Pizza

Homemade pizza dengan roti lembut gebu, dibakar di depan mata. Ah, tengok sajalah video ini…

Posted by MakanLena on Thursday, January 17, 2019